operation manual
31
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat
manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini dan risalah maklumat penting dengan teliti sebelum
menggunakan perkakas anda. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk
1 Tudung tangki air
2 Gelangsar stim
Stim dihidupkan
Stim dimatikan
3 Butang penggalak stim
4 Lampu ‘seterika sedia’
5 Lampu peringatan Pembersihan Kerak / Pelepas Kerak Pantas
6 Kord sesalur kuasa
7 Menggulung kord
8 Butang Pembersihan Kerak (jenis tertentu sahaja)
9 Plat tapak
10 Pelepas Kerak Pantas (jenis tertentu sahaja)
Teknologi eksklusif daripada Philips
Teknologi OptimalTEMP
Teknologi OptimalTEMP membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang
boleh diseterika, dengan apa jua cara, tanpa perlu melaraskan suhu atau tetapan stim.
Selamat untuk meletakkan plat tapak yang panas pada papan seterika dan bukan pada platform
seterika. Ini dapat membantu anda mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan.
Perkakas ini telah diluluskan oleh syarikat The Woolmark Company Pty Ltd untuk menyeterika
produk wul tulen dengan syarat pakaian itu diseterika mengikut panduan pada label pakaian
dan yang telah dikeluarkan oleh pengeluar perkakas ini. R0000. Simbol Woolmark merupakan
tanda sertikasi di berbagai negara.
Menggunakan perkakas
Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda menggunakannya
buat kali pertama. Ini akan berhenti selepas beberapa saat.
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda
tinggal di kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin
akan berlaku. Oleh sebab itu, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air
tanpa mineral untuk memanjangkan hayat perkakas.
Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia atau
bahan kimia lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran perang
atau kerosakan pada perkakas anda.