User Manual

Jangan tinggalkan penutup tahan panas terpasang pada plat tapak semasa
menyeterika.
2 Letak seterika pada tumitnya.
3 Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol
suhu ke kedudukan yang betul (Gamb. 6).
Periksa label penjagaan pada kain untuk mengetahui suhu penyeterikaan
yang diperlukan:
- 1 untuk fabrik sintetik (cth. akrilik, nilon, poliamida, poliester)
- 1 untuk sutera
- 2 untuk benang bulu
- 3 untuk kapas
- MAX untuk linen
Jika anda tidak tahu jenis fabrik sesuatu pakaian, tentukan suhu
penyeterikaan yang betul dengan menyeterika bahagian pakaian yang tidak
kelihatan apabila anda memakainya.
Bahan sutera, benang bulu dan sintetik: seterika bahagian belakang kain
tersebut untuk mencegah tompok-tompok berkilau. Bagi mengelakkan
tanda, jangan gunakan fungsi semburan.
Mula menyeterika bahan yang memerlukan suhu penyeterikaan yang
paling rendah, seperti pakaian yang diperbuat dari gentian sintetik.
4 Masukkan plag perkakas. Jika perkakas mempunyai plag yang
dibumikan, pasang plag sesalur kuasa di dalam soket dinding yang
dibumikan.
, Lampu suhu kuning jingga menyala.
5 Apabila lampu suhu kuning jingga padam, tunggu sebentar sebelum
anda mula menyeterika.
Lampu suhu akan menyala dari masa ke masa masa menyeterika.

Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini akan berhenti selepas beberapa
ketika.
 35
4239.000.6222.6.indd 35 23-10-09 10:11