User Manual
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu
sendiri menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah
terjatuh atau bocor.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
- Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan
sesalur kuasa.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi
atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa bersentuhan dengan plat tapak
seterika yang panas.
- Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan, ia mesti
dipasangkan ke dalam soket dinding yang dibumikan.
- Periksa kord sesalur kuasa secara tetap untuk mencari apa-apa
kerosakan.
- Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan mungkin
menyebabkan kelecuran jika tersentuh.
- Apabila anda selesai menyeterika, apabila anda membersihkan
perkakas, apabila anda mengisi atau mengosongkan tangki air dan juga
apabila anda meninggalkan seterika tanpa dijaga biarpun seketika:
tetapkan kawalan stim di kedudukan 0, dirikan seterika pada tumitnya
dan cabutkan plag sesalur dari soket dinding.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika pada permukaan yang stabil, rata
dan mendatar.
- Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak,
bahan bantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
33
4239.000.6222.6.indd 33 23-10-09 10:11