operation manual
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpankannya bagi rujukan masa depan.
◗ Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada plat jenis sepadan
dengan voltan sesalur tempatan sebelum anda menyambungkan
perkakas.
◗ Periksa kord dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
◗ Jangan gunakan perkakas jika palam, kord atau perkakas itu sendiri
rosak.
◗ Jika kord sesalur rosak, ia mesti hanya digantikan oleh Philips,
pusat servis yang disahkan oleh Philips, atau orang dengan
kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
◗ Jangan biarkan seterika tanpa dijaga pada bila-bila masa ia
tersambung dengan punca kuasa.
◗ Jangan tenggelamkan seterika ke dalam air.
◗ Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
◗ Plat tapak seterika boleh menjadi terlalu panas dan boleh
menyebabkan lecur jika tersentuh. Jangan biarkan kord menyentuh
plat tapak ketika ia panas.
◗ Apabila anda selesai menyeterika, apabila anda membersihkan
perkakas, apabila anda mengisi atau mengosongkan tangki air dan
juga apabila anda meninggalkan seterika tanpa dijaga biarpun
sebentar: tetapkan kawalan stim di kedudukan O, berdirikan
seterika pada tumitnya dan cabutkan palam sesalur dari soket
dinding.
◗ Perkakas ini dimaksudkan hanya untuk kegunaan di rumah sahaja.
Sebelum kali pertama menggunakannya
C
1 Tanggalkan penutup tahan panas dari plat tapak (jenis GC4340
sahaja).Tanggalkan juga apa-apa pelekat atau kerajang pelindung
dari plat tapak.
2 Biarkan seterika memanas sehingga suhu maksimum dan lalukan
seterika di atas kain yang lembap selama beberapa minit untuk
menanggalkan apa-apa sisa dari plat tapak.
B
Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini akan berhenti selepas
beberapa ketika.
Bersedia untuk menggunakannya
Mengisi tangki air
Jangan sekali-kali tenggelamkan seterika ke dalam air.
1 Pastikan perkakas tidak tersambung dengan punca kuasa.
BAHASA MELAYU12