User Manual


Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda tidak
dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Kemungkinan punca Penyelesaian
Palam seterika dipasang, tetapi
tapak plat dingin.
Terdapat masalah
sambungan.
Periksa kord sesalur kuasa, palam dan soket
dinding.
Tombol suhu ditetapkan
pada MIN.
Tetapkan tombol suhu pada kedudukan yang
dikehendaki.
Seterika tidak menghasilkan stim. Air di dalam tangki air tidak
mencukupi.
Isikan tangki air (lihat bab ‘Bersedia untuk
menggunakannya’, bahagian ‘Mengisi tangki air’.)
Pengawal stim telah
ditetapkan pada kedudukan
0.
Tetapkan kawalan stim pada kedudukan antara
1dan 4 (lihat bab ‘Menggunakan perkakas’,
bahagian ‘Penyeterikaan stim’).
Seterika tidak cukup panas
dan/atau fungsi penghenti
titisan telah diaktifkan (jenis
tertentu sahaja).
Tetapkan suhu penyeterikaan yang sesuai untuk
penyeterikaan stim ( 2 hingga MAX). Dirikan
seterika pada tumitnya dan tunggu sehingga
lampu suhu ambar padam sebelum anda mula
menyeterika.
Titisan air menitik pada fabrik
semasa menyeterika.
Tombol suhu mungkin
telah ditetapkan pada suhu
yang terlalu rendah untuk
penyeterikaan stim.
Tetapkan suhu penyeterikaan yang sesuai untuk
penyeterikaan stim (tetapan suhu 2 hingga
MAX). Dirikan seterika pada tumitnya dan
tunggu sehingga lampu suhu ambar padam.
Anda telah memasukkan
bahan penambah dalam
tangki air.
Bilaskan tangki air dan jangan masukkan apa-apa
bahan tambah ke dalam tangki air.
Anda tidak menutup tukup
bukaan isian dengan betul.
Tekan tukup sehingga anda mendengar bunyi klik.
Emping dan kotoran keluar dari
plat tapak semasa menyeterika.
Air liat membentuk emping
di dalam plat tapak.
Gunakan fungsi Calc-Clean sekali atau lebih
banyak kali (lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’, bahagian ‘fungsi Calc-Clean’).
Lampu suhu berkelip merah (jenis
tertentu sahaja).
Fungsi pematian automatik
telah mematikan seterika
(lihat bab ‘Ciri-ciri’).
Gerakkan seterika sedikit untuk menyahaktifkan
fungsi pematian automatik. Penunjuk merah
auto-mati lampu suhu terpadam.
Air menitis daripada plat tapak
setelah seterika menjadi sejuk
atau setelah disimpan. (jenis
tertentu sahaja)
Anda perlu meletakkan
seterika pada kedudukan
mendatar semasa masih ada
air di dalam tangki air.
Sentiasa tetapkan kawalan stim pada kedudukan
0 dan kosongkan tangki air selepas digunakan.
Simpan seterika pada tumitnya.
Seterika tidak mengeluarkan
rangsangan stim.
Anda telah menggunakan
fungsi rangsangan
stim terlalu kerap dalam
tempoh masa yang pendek.
Terus menyeterika dalam kedudukan
mendatar dan tunggu seketika sebelum anda
menggunakan fungsi rangsangan stim sekali lagi.
Panasnya alat seterika
kurang.
Tetapkan suhu penyeterikaan yang
membolehkan fungsi rangsangan stim digunakan
(tetapan suhu 2 hingga MAX). Letakkan
seterika pada tumitnya dan tunggu sehingga
lampu suhu ambar telah padam sebelum anda
menggunakan fungsi rangsangan stim.

Sistem Kerak Dwi-Aktif terdiri daripada tablet Anti
Kerak di dalam tangki air digabungkan dengan fungsi
Pembersihan Kerak.
1 Tablet Anti Kerak mencegah kerak daripada
menyumbat liang stim. Tablet ini sentiasa aktif dan
tidak perlu digantikan (Gamb. 13).
2 Fungsi Pembersihan Kerak menghilangkan empingan
kerak dari seterika.

Gunakan fungsi Pembersihan Kerak sekali setiap dua
minggu. Jika air di kawasan anda terlalu keras (iaitu
serpihan keluar dari plat dasar semasa menyeterika), anda
harus menggunakan fungsi Pembersihan Kerak dengan
lebih kerap.
1 Pastikan palam perkakas ditanggalkan.
2 Tetapkan pengawal stim pada kedudukan 0.
3 Isikan tangki air sampai paras maksimum.
Jangan tuang cuka atau agen penanggal kerak yang lain
ke dalam tangki air.
4 Tetapkan suhu tombol pada MAX.
5 Masukkan plag perkakas. Jika perkakas mempunyai
plag yang dibumikan, pasang plag sesalur kuasa di
dalam soket dinding yang dibumikan.
6 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
7 Pegang seterika di atas singki, tekan dan tahan
butang Pembersihan Kerak dan goyangkan seterika
perlahan-lahan dari sisi ke sisi (Gamb. 14).
Stim dan air mendidih akan keluar dari plat tapak.
Kotoran dan emping (jika ada) akan terjirus keluar.
8 Lepaskan butang Pembersihan Kerak sebaik sahaja
semua air di dalam tangki habis digunakan.
9 Ulangi proses Pembersihan-Kerak jika seterika
masih mengandungi banyak kekotoran.

1 Masukkan plaga kembali ke dalam soket dinding dan
biarkan seterika memanas supaya plat tapak menjadi
kering.
2 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
3 Gerakkan seterika perlahan-lahan di atas sehelai
kain terpakai untuk mengeluarkan apa-apa kesan air
yang mungkin terbentuk pada plat tapaknya.
4 Biarkan seterika sehingga sejuk sebelum anda
menyimpannya.
Penyimpanan
1 Setkan kawalan stim pada kedudukan 0, tanggalkan
plag dari soket dinding dan biarkan seterika
menyejuk.
2 Lilitkan kord sesalur di sekeliling bahagian
penyimpanan kord (Gamb. 15).
3 Simpan seterika tegak pada tumitnya di tempat yang
selamat dan kering.

Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 16).

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda mengalami masalah, sila lawati tapak
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Penjagaan pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan
sedunia). Jika tiada Pusat Penjagaan Pelanggan di negara
anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
,
-
4239.000.6595.3
5/9