User manual

5 Goncang penuras dengan berhati-hati untuk mengeluarkan air daripada permukaannya.
6 Biarkan penuras HEPA kering sepenuhnya.
7 Letakkan penuras HEPA yang kering kembali ke dalam perkakas (Gamb. 55).
8 Pasang semula bahagian atas penutup penuras (1) dan kemudian tutup penutup
(2) (‘klik’) (Gamb. 56).

Fabrik ini telah dirawat supaya menjadikannya menolak habuk. Jika anda masih hendak
membersihkannya juga, ikut langkah-langkah di bawah:
- Bersihkan kawasan dilitupi fabrik di atas perkakas dengan kain lembap.
- Jika kesan kotoran sukar dikeluarkan, gunakan agen pembersih sederhana, air dan kain lembap
untuk membersihkan fabrik perkakas.
Jangan guna agen pembersih yang agresif atau mudah terbakar seperti peluntur atau alkohol.


1 Gantikan bateri apabila:
- penunjuk bateri lemah muncul pada paparan (bagi jenis dengan paparan). (Gamb. 57)
- lampu infra merah-aktif tidak menyala apabila anda menekan mana-mana butang (untuk jenis
tanpa paparan) (Gamb. 25).
2 Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan skru penutup petak bateri (1) dan keluarkan
penutup petak bateri (2) (Gamb. 4).
3 Masukkan dua bateri alkali AAA 1.5-volt yang baru ke dalam pemegang. (Gamb. 5)
Nota: Pastikan kutub - dan + menghala dalam arah yang betul.
4 Pasang semula penutup petak bateri (1) dan ketatkan skru dengan pemutar skru
(2) (Gamb. 6).

Nota: Sebelum anda menyimpan perkakas, sentiasa pastikan bahawa anda telah membersihkan silinder
penuras dengan memutarkan pemegang bersih penuras (lihat bahagian ‘Menggunakan pemegang
bersih penuras untuk membersihkan silinder penuras’ dalam bab ‘Menggunakan perkakas’).
1 Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding (Gamb. 29).
2 Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord (Gamb. 58).
3 Laraskan tiub teleskop supaya menjadi paling pendek (Gamb. 59).
4 Jenis tertentu sahaja: sentiasa pastikan muncung Tri-Aktif berada dalam tetapan permaidani
semasa disimpan (jalur berus ditarik balik ke dalam muncung). Juga elakkan berus sisi daripada
menjadi bengkok (Gamb. 24).
5 Gunakan genggaman penyimpanan untuk mendirikan perkakas. Masukkan rabung di atas
muncung ke dalam slot penyimpanan di atas perkakas. (Gamb. 60)
Petua: Anda juga boleh menanggalkan tiub daripada hos.
Petua: Anda juga boleh menyimpan perkakas secara mendatar. Dalam kes ini, masukkan rabung di atas
muncung ke dalam slot memarkir.
 69