User manual


1 Jika anda hendak menjeda seketika, tekan butang hidup/mati/siap sedia pada panel kawalan
untuk mematikan perkakas sementara (Gamb. 30).
, Jenis tertentu sahaja: Tahap kuasa sedutan hilang daripada paparan, pemasa berhenti
membilang masa dan setelah lebih kurang 10 saat, paparan dipadam.
2 Masukkan rabung pada muncung ke dalam slot peletakan untuk meletakkan pada kedudukan
yang mudah (Gamb. 33).
3 Untuk memastikan peletakan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub supaya menjadi paling
pendek.
4 Untuk meneruskan pembersihan vakum, hanya tekan butang siap sedia pada panel kawalan
sekali lagi.
, Jenis tertentu sahaja: Tahap kuasa sedutan yang dipilih sebelum ini muncul pada paparan sekali
lagi dan pemasa terus membilang masa memvakum.

Silinder penuras yang bersih membantu mengekalkan kuasa sedutan yang tinggi.
Setelah setiap sesi memvakum, bersihkan silinder penuras dengan cara yang dihuraikan di bawah.
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya (Gamb. 29).
2 Pastikan perkakas berada dalam kedudukan mendatar, dengan semua rodanya menyentuh
lantai.
Sentiasa biarkan hos disambungkan kepada perkakas semasa proses pembersihan penuras untuk
mencegah habuk keluar daripada perkakas.
3 Tekan butang pelepas penutup (1) dan buka penutup (2) (Gamb. 34).
4 Putarkan pemegang bersih penuras sehingga ia telah membuat 6 pusingan penuh (Gamb. 35).
5 Tutup penutupnya dengan ketat (‘klik’).

Anda mesti membersihkan silinder penuras dengan menutarkan pemegang bersih penuras selepas
setiap sesi memvakum. Ini mengelakkan silinder penuras daripada tersumbat dan membantu
mengekalkan kuasa sedutan yang optimum.
Jika anda gagal membersihkan silinder penuras dengan pemegang bersih penuras setelah
menggunakannya dalam beberapa sesi memvakum berturut-turut:
- Lampu peringatan bersih penuras berkelip selama 15 saat (jenis tanpa paparan) (Gamb. 27).
- simbol peringatan bersih penuras pada paparan berkelip selama 15 saat (jenis dengan
paparan). (Gamb. 26)

Gunakan pemegang bersih penuras untuk membersihkan silinder penuras setelah setiap sesi
memvakum.

Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mengosongkan timba habuk.
Timba habuk tidak kalis mesin basuh pinggan mangkuk.
Kosongkan timba habuk sebaik sahaja paras habuk telah mencecah cakera bulat pada sarung silinder
penuras.
1 Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
66