User manual
Muncung Tri-Aktif adalah muncung serba guna untuk permaidani dan lantai keras.
- Berus sisi menangkap lebih banyak habuk dan kotoran di sisi muncung dan membolehkan anda
membersihkan dengan lebih baik di sepanjang perabot dan halangan lain (Gamb. 21).
- Pembukaan di hadapan muncung membolehkan anda menyedut partikel yang lebih
besar (Gamb. 22).
1 Gunakan tetapan lantai keras untuk membersihkan lantai keras (contohnya lantai jubin, parket,
lantai berlamina dan berlinoleum): tolak suis rocker yang terletak di atas muncung dengan
kaki anda untuk mengeluarkan jalur berus daripada petaknya. Pada masa yang sama, roda
diangkat untuk mengelak daripada tercalar dan untuk meningkatkan
kebolehkendalian (Gamb. 23).
2 Gunakan tetapan permaidani untuk membersihkan permaidani: tolak suis rocker sekali lagi
untuk menghilangkan jalur berus supaya masuk ke dalam petak muncung. Roda diturunkan
secara automatik (Gamb. 24).
- Panel kawalan jauh mempunyai tiga butang yang anda gunakan untuk mengendalikan pembersih
vakum.
- Jenis tanpa paparan: lampu infra merah-aktif menyala apabila anda menekan butang pada panel
kawalan (Gamb. 25).
- Jenis yang mempunyai paparan: apabila simbol peringatan bersih penuras pada paparan berkelip,
anda perlu membersihkan penuras (Gamb. 26).
- Jenis yang tidak mempunyai paparan: apabila lampu peringatan bersih penuras pada kawalan jauh
berkelip, anda perlu membersihkan penuras (Gamb. 27).
- Jenis tertentu sahaja: Panel kawalan mempunyai paparan yang memberi maklumat mengenai
kuasa sedutan dan status bateri. Ia juga memberitahu anda bila untuk membersihkan
penuras (Gamb. 28).
1 Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.
2 Tekan butang hidup/mati di atas perkakas untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 29).
Petua: Untuk mengelakkan daripada membongkokkan tulang belakang anda, tekan butang hidup/mati
dengan kaki anda.
, Pembersih vakum mula beroperasi pada tahap kuasa sedutan yang paling tinggi.
, Jenis tertentu sahaja: Pemasa pada paparan menunjukkan tempoh masa anda telah
menggunakan pembersih vakum. Dalam masa minit yang pertama, masa ditunjukkan dalam
saat. Selepas minit yang pertama, simbol jam berkelip dan masa ditunjukkan dalam minit.
3 Untuk mematikan perkakas, tekan butang hidup/mati di atas perkakas atau butang siap sedia
pada panel kawalan (Gamb. 30).
1 Semasa memvakum, anda boleh melaraskan tahap kuasa sedutan dengan butang – dan + pada
panel kawalan.
, Jenis tertentu sahaja: Paparan menunjukkan tahap kuasa sedutan yang ditetapkan.
- Gunakan kuasa sedutan maksimum untuk memvakum permaidani yang sangat kotor dan lantai
keras (Gamb. 31).
- Gunakan kuasa sedutan minimum untuk memvakum langsir, alas meja dll (Gamb. 32).
- Gunakan tetapan ECO untuk membersih pada tahap kuasa sedutan yang cekap tenaga.
65










