User manual
- Jangan letakkan tangan anda yang satu lagi di atas tiub. Anda memutar dan membengkokkan
tulang belakang anda apabila anda berbuat demikian, dan ini boleh menyebabkan masalah
bahagian belakang badan yang serius.
- Pakar ergonomik menasihatkan anda untuk melaraskan panjang tiub supaya tangan yang
memegang gegenggam tangan yang standard berada pada paras pinggul. (Gamb. 8)
- Jika anda perlu memindahkan perkakas, bawanya sejajar dengan lengan anda untuk mengelak
daripada memutarkan pergelangan tangan anda. Pemegang pembawa perkakas direka bentuk
khas bagi tujuan ini.
1 Pasang gegenggam tangan pada tiub teleskop (‘klik’) (Gamb. 9).
2 Untuk melepaskan gegenggam tangan dari tiub, pegang gegenggam tangan standard dengan
sebelah tangan. Dengan tangan yang satu lagi, pegang tiub teleskop bersama atau tanpa
gegenggam tangan LindungPostur (jenis tertentu sahaja), tekan butang pelepas tiub (1) dan
tarik tiub keluar daripada gegenggam tangan standard (Gamb. 10).
Nota: Pembersih vakum ini telah dilengkapi lubang di hujung pembengkuk. Lubang-lubang ini boleh
menghalang objek daripada tersekat atau menjadi rosak apabila anda menggunakan pembersih vakum
anda tanpa tiub atau aksesori yang dibekalkan.
1 Untuk menyambungkan hos, tekan ia masuk betul-betul ke dalam perkakas (‘klik’) (Gamb. 11).
2 Untuk membuka hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik hos keluar daripada perkakas
(2) (Gamb. 12).
1 Laraskan panjang tiub demikian rupa sehingga tangan yang memegang gegenggam tangan
standard berada pada paras pinggul (Gamb. 13).
2 Pegang tiub agar gegenggam standard berada di paras pinggul. (Gamb. 7)
3 Untuk menyambungkan tiub kepada muncung, tekan butang kunci yang dimuat spring pada
tiub dan masukkan tiub ke dalam muncung. Masukkan butang kunci yang dimuat spring ke
dalam bukaan di dalam muncung (‘klik’) (Gamb. 14).
1 Luncurkan pemegang aksesori ke atas gegenggam tangan (‘klik’) (Gamb. 15).
2 Tolak aksesori ke atas pemegang. (Gamb. 16)
3 Untuk menanggalkan pemegang aksesori, picit tuil pelepas bersama-sama (1) dan luncurkan
pemegang aksesori keluar daripada gegenggam tangan (2) (Gamb. 17).
1 Sambungkan alat ceruk (1) atau muncung kecil (2) sama ada dengan atau tanpa tambahan
berus pada gegenggam tangan standard atau kepada tiub secara langsung (Gamb. 18).
1 Untuk memasang tambahan berus, luncurkannya masuk ke bahagian bawah muncung kecil
(‘klik’) (Gamb. 19).
2 Untuk membuka tambahan berus, luncurkannya keluar daripada bahagian bawah muncung
kecil (Gamb. 20).
64










