User manual

- Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan dengan air, agen pembersih atau
bahan mudah bakar. Hanya bersihkan silinder penuras dengan pemegang pembersih penuras
atau berus pembersih yang dibekalkan.
- Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan kelembapan udara yang
rendah, pembersih vakum anda menokok elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami
kejutan elektrik semasa anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain daripada pembersih
vakum anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak merosakkan perkakas. Untuk
mengurangkan ketakselesaan ini kami menasihati agar anda:
 menyahcaskan perkakas dengan kerap kali memegang tiub dengan objek logam lain di dalam bilik
(contohnya kaki meja atau kerusi, radiator, dsb.); (Gamb. 2)
 untuk meningkatkan tahap kelembapan udara di dalam bilik dengan meletakkan air di dalam bilik.
Contohnya, anda boleh menggantungkan bekas yang diisi air dari radiator atau mangkuk plastik
yang diisi air di atas atau berhampiran radiator anda (Gamb. 3).

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.

Bateri untuk kawalan jauh disediakan bersama perkakas. Masukkan bateri ke dalam petak bateri
sebelum anda menggunakan perkakas. Bateri tahan selama 2 tahun sekurang-kurangnya.
1 Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan skru penutup petak bateri (1) dan keluarkan
penutup petak bateri (2) (Gamb. 4).
2 Masukkan dua bateri alkali AAA 1.5-volt ke dalam pemegang. (Gamb. 5)
Nota: Pastikan kutub - dan + menghala dalam arah yang betul.
3 Pasang semula penutup petak bateri (1) dan ketatkan skru dengan pemutar skru
(2) (Gamb. 6).
Perkakas ini kini sedia untuk digunakan.



- Gegenggam tangan KawalSelesa direka secara ergonomik untuk memberi anda keselesaan yang
mencukupi semasa membersih dengan menggunakan vakum. (Gamb. 7)
- Untuk memperoleh faedah optimum daripada gegenggam tangan ini, adalah penting agar anda
tidak meletakkan sebelah tangan anda pada tiub. Apabila anda melakukan seperti itu, anda
memusingkan dan membengkokkan tulang belakang anda, yang boleh menyebabkan masalah
tulang belakang.
- Pakar ergonomik menasihatkan anda untuk melaraskan panjang tiub supaya tangan yang
memegang gegenggam tangan yang standard berada pada paras pinggul.

- Gegenggam tangan LindungPostur yang unik direka bentuk secara ergonomik untuk penggunaan
2-tangan untuk mencegah anda daripada meletakkan tangan anda pada bahagian bawah tiub.
Kami mencadangkan agar anda menggunakan gegenggam tangan LindungPostur untuk
mengelakkan daripada membongkokkan belakang anda, tetapi jika anda mendapatinya tidak
selesa untuk digunakan, anda boleh mengeluarkannya. Dalam kes ini, ikut arahan dalam bahagian
‘Mengeluarkan gegenggam tangan LindungPostur’ dalam bab ‘Menyelesaikan masalah’.
 63