User manual

 Tuil pelepas pemegang aksesori
 Tiub teleskop 2-keping/3-keping tanpa gegenggam tangan LindungPostur (jenis tertentu sahaja)
 Tiub teleskop 2-keping/3-keping dengan gegenggam tangan LindungPostur (jenis tertentu sahaja)
 Penutup penuras HEPA
 Tab pelepas penutup penuras HEPA
 Penuras Udara Ultra Bersih Boleh Basuh HEPA 13
 Kord sesalur kuasa dan plag
 Slot peletakan
 Muncung kecil
 Tambahan berus
 Alat ceruk
 Genggaman penyimpanan
 Roda putar ayun
 Slot penyimpanan
 Plat jenis

Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.

- Jangan sekali-kali sedut air atau apa-apa cecair lain. Jangan sekali-kali sedut bahan mudah bakar
dan jangan sedut abu sehingga ia telah sejuk.

- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag, atau perkakas itu sendiri rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.

- Jangan sedut objek yang besar kerana ini mungkin menyebabkan laluan udara dalam tiub atau
hos tersekat.
- Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk menyedut abu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang silinder penuras menjadi tersumbat. Jika anda terasa
pengurangan yang ketara terhadap kuasa sedutan, bersihkan silinder penuras.
- Jangan gunakan perkakas jika silinder penuras, sarung silinder penuras dan timba habuk tidak
dipasang dengan betul atau jika penutup tidak ditutup dengan betul.
- Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mengosongkan timba habuk atau membersihkan
silinder penuras.
- Jangan gunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh merosakkan motor dan
memendekkan hayat perkakas.
- Hanya gunakan silinder penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
62