User manual


Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda hadapi dengan perkakas
ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda.
1 Kuasa sedutan tidak mencukupi.
A Periksa sama ada beg habuk penuh.
Jika perlu, gantikan beg habuk pakai buang atau kosongkan beg habuk boleh guna semula (sesetengah
negara sahaja).
B Periksa sama ada penuras harus dibersihkan atau diganti.
Jika perlu, bersih atau gantikan penuras.
C Periksa sama ada roda pemilihan kuasa sedutan berada pada kedudukan maksimum.
D Periksa sama ada muncung, tiub atau hos tersumbat.
- Untuk mengeluarkan sumbatan, cabut item yang tersumbat dan sambungkannya (sejauh yang
boleh) secara terbalik. Hidupkan pembersih vakum untuk memaksa udara melalui item
tersumbat tersebut dalam arah yang bertentangan (Gamb. 45).
2 Jenis tertentu sahaja: rambut terbelit di sekeliling berus di dalam berus turbo mini.
A Bersihkan berus turbo mini. Lihat bab ‘Pembersihan’, seksyen ‘Membersihkan berus turbo
mini’. (Gamb. 46)
34