User manual

5 Luncurkan tiga rabung di bahagian bawah ke dalam tiga slot di bahagian atas (Gamb. 41).
6 Turunkan bahagian bawah ke atas bahagian atas untuk menutup berus turbo (Gamb. 42).
7 Untuk mengunci berus turbo mini, luncurkan gelang ke arah petak (1) dan putarkan mengikut
arah jam untuk memasangkannya (2) (Gamb. 43).

Untuk membeli beg habuk, penuras atau aksesori lain untuk perkakas ini, sila kunjungi www.philips.
com, rujuk kepada risalah jaminan di seluruh dunia atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di
negara anda.

- Beg habuk sintetik s-beg Philips Classic ` boleh didapati di bawah jenis nombor FC8021.
- Beg habuk sintetik s-beg Philips Clinic ` yang tinggi penurasan boleh didapati di bawah jenis
nombor FC8022.
- Beg habuk sintetik s-beg Philips Anti-bau ` boleh didapati di bawah jenis nombor FC8023.
- Beg habuk boleh guna semula (sesetengah negara sahaja) boleh didapati di bawah nombor kod
4322 004 93370.
Nota: Sila kunjungi www.s-bag.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai s-beg.

- Penuras boleh basuh HEPA 12 boleh didapati di bawah nombor jenis FC8044.

- Jangan buang perkakas ke dalam tong sampah rumah apabila sampai akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 44).

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan anda.
 33