User manual

6 Muatkan dua cuping pemegang penuras di belakang rabung di bahagian bawah untuk
memastikan ia muat dengan betul pada bahagian atas (1). Kemudian tekan pemegang penuras
pada tempatnya (‘klik’) (2) (Gamb. 30).
7 Letakkan pemegang beg habuk bersama beg habuk kembali ke dalam perkakas dan tutup
penutupnya.

Penuras boleh basuh HEPA 12 dapat mengeluarkan 99.5% daripada semua partikel sehingga saiz
0.0003mm daripada udara salur keluar. Ini bukan sahaja termasuk habuk rumah biasa, tetapi juga
vermin mikroskopik berbahaya seperti hama habuk rumah dan kumuhannya, yang terkenal sebagai
penyebab alergi respirasi.
Nota: Untuk menjamin pengekalan habuk serta prestasi pembersih vakum yang optimum , sentiasa
gantikan penuras HEPA dengan penuras Philips jenis betul yang tulen (lihat bab ‘Memesan aksesori’).
Bersihkan penuras boleh basuh HEPA 12 setiap 6 bulan. Anda boleh membersihkan penuras boleh
basuh HEPA 12 sebanyak 4 kali maksimum. Gantikan penuras setelah ia dibersihkan 4 kali.
1 Untuk membuka gril penuras HEPA, pegang tab dan tarik ia ke atas (Gamb. 31).
2 Keluarkan penuras HEPA 12 daripada perkakas (Gamb. 32).
3 Bilas bahagian penuras HEPA 12 yang berlisu di bawah air paip panas yang mengalir perlahan.
- Pegang penuras supaya sisi yang berlisut menghala ke atas dan air mengalir selari dengan lisut
tersebut. Pegang penuras pada suatu sudut supaya air boleh mengeluarkan kotoran yang
terdapat di dalam lisut (Gamb. 33).
- Putarkan penuras pada sudut 180° dan biarkan air mengalir pada sepanjang lisut tersebut
mengikut arah yang bertentangan (Gamb. 34).
- Teruskan proses ini sehingga penuras bersih.
Jangan bersihkan penuras boleh dibasuh dengan berus (Gamb. 35).
Nota: Pembersihan penuras tidak akan kembalikan warna asal penuras tetapi boleh mengembalikan
kuasa penurasannya.
4 Goncangkan air pada permukaan penuras dengan perlahan-lahan. Biarkan penuras menjadi
kering sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda memasukkannya semula ke dalam pembersih
vakum.
Nota: Pastikan penuras kering sepenuhnya sebelum anda memasukkannya semula ke dalam perkakas.
5 Masukkan semula penuras ke dalam perkakas (Gamb. 36).
Nota: Pastikan bahawa kedua-dua cuping penuras HEPA menghala ke bawah.
6 Untuk menutup gril penuras HEPA, mula-mula sejajarkan bahagian atas gril dengan perkakas
(1). Kemudian tekan tab ke bawah sehingga gril terkunci di tempatnya (2) (‘klik’) (Gamb. 37).

Untuk membersihkan berus di dalam berus turbo mini, ikuti langkah-langkah di bawah:
1 Terbalikkan berus turbo mini.
2 Untuk membuka kunci berus turbo mini, putarkan gelang melawan arah jam (1) dan tarik ke
arah diri anda (2) (Gamb. 38).
3 Pisahkan kedua-dua petak (Gamb. 39).
4 Keluarkan rambut dan kotoran yang terbelit di sekeliling berus. (Gamb. 40)
Jangan tanggalkan berus dan bahagian-bahagian dalam berus turbo mini.
32