User manual
Sentiasa cabutkan plag perkakas sebelum anda menggantikan beg habuk pakai buang atau
mengosongkan beg habuk boleh guna semula.
- Gantikan beg habuk sebaik sahaja penunjuk beg habuk penuh bertukar warna secara kekal, iaitu
walaupun semasa muncung tidak diletakkan di atas lantai (Gamb. 22).
1 Tarik penutup ke atas untuk membukanya (Gamb. 23).
2 Angkat pemegang beg habuk keluar daripada perkakas (Gamb. 24).
Pastikan anda memegang beg habuk secara menegak apabila anda mengangkatnya keluar daripada
perkakas.
3 Tarik tag kadbod untuk mengeluarkan beg habuk yang penuh daripada pemegang (Gamb. 25).
, Apabila anda berbuat demikian, beg habuk dikedapkan secara automatik.
4 Luncurkan bahagian hadapan kadbod beg habuk yang baru ke dalam dua alur pemegang beg
habuk sejauh yang mungkin. (Gamb. 26)
5 Letakkan semula pemegang beg habuk ke dalam pembersih vakum (Gamb. 27).
Nota: Jika tiada beg habuk telah dimasukkan, anda tidak boleh menutupnya.
6 Tolak penutup ke bawah untuk menutupnya (‘klik’).
Di sesetengah negara, pembersih vakum ini juga dibekalkan dengan satu beg habuk boleh guna
semula yang boleh digunakan dan dibuang kandungannya berulang kali. Anda boleh menggunakan
beg habuk boleh guna semula selain daripada beg habuk pakai buang.
Untuk mengeluarkan dan memasukkan beg habuk boleh guna semula, hanya ikut arahan
dalam ‘Menggantikan beg habuk pakai buang’.
Untuk mengosongkan beg habuk boleh guna semula:
1 Luncurkan klip keluar daripada beg habuk dari sisinya.
2 Goncangkan kandungannya ke dalam tong sampah.
3 Untuk menutup beg habuk, luncurkan klip semula pada pinggir bawah beg habuk.
Sentiasa cabutkan plag sebelum anda membersih atau menggantikan penuras.
Bersihkan penuras perlindungan motor kekal setiap kali anda mengosongkan beg habuk boleh guna
semula atau menggantikan beg habuk pakai buang.
1 Tanggalkan pemegang beg habuk bersama beg habuk sekali (Gamb. 24).
2 Tekan tab di atas pemegang penuras perlindungan motor ke bawah untuk
melepaskannya (Gamb. 28).
3 Tarik bahagian atas pemegang penuras perlindungan motor ke arah anda (1) dan angkat
pemegang penuras keluar daripada ruang beg habuk (2). (Gamb. 29)
4 Goncangkan penuras di atas tong sampah untuk membersihkannya.
5 Letakkan penuras yang telah dibersihkan kembali ke dalam pemegang penuras.
31










