User manual

2 Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker sekali lagi (Gamb. 14).
, Jalur berus hilang ke dalam petak muncung.

- Muncung lantai keras direka untuk membersihkan lantai keras dengan lembut (Gamb. 15).

Berus turbo mini direka khas untuk mengutip dengan berkesan rambut haiwan dan bulu daripada
perabot dan tilam. Berus unik di dalam berus turbo mini meleraikan rambut daripada fabrik.
Kemudian, rambut disedut oleh pembersih vakum.
Berus turbo mini boleh dipasang pada gegenggam hos atau pada tiub teleskop.
1 Untuk memasang berus turbo mini, masukkan ke dalam gegenggam atau tiub teleskop dan
putarkan sedikit.
2 Untuk menanggalkan berus turbo mini, tarik ia keluar daripada gegenggam atau tiub teleskop
sambil memutarkannya sedikit.

1 Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.
2 Tekan butang hidup/mati di atas perkakas untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 16).
Petua: Untuk mengelakkan daripada membongkokkan tulang belakang anda, tekan butang hidup/mati
dengan kaki anda.
3 Jika anda hendak memarkirkan tiub sebentar semasa menggunakan pembersih vakum,
masukkan rabung pada muncung ke dalam slot parkiran (Gamb. 17).
4 Untuk memastikan peletakan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub supaya menjadi paling
pendek.
5 Untuk mematikan perkakas, tekan butang hidup/mati di atas perkakas.

1 Semasa pembersihan vakum, anda boleh melaraskan kuasa sedutan dengan roda pemilihan di
atas perkakas (Gamb. 18).
- Gunakan kuasa sedutan maksimum (+) untuk memvakum permaidani yang sangat kotor dan
lantai keras.
- Gunakan kuasa sedutan minimum (-) untuk memvakum langsir, alas meja dll.
2 Jenis tertentu sahaja: Anda boleh juga melaraskan kuasa sedutan dengan gelangsar kuasa
sedutan pada gegenggam (Gamb. 19).

1 Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
2 Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord (Gamb. 20).
3 Jenis tertentu sahaja: Sentiasa letakkan muncung Tri-Aktif berada dalam tetapan permaidani
apabila anda menyimpannya. Ini mengelakkan berus sisi daripada menjadi bengkok (Gamb. 12).
4 Tegakkan perkakas. Untuk memasang muncung pada perkakas, masukkan rabung pada
muncung ke dalam slot penyimpanan (Gamb. 21).
Untuk memastikan penyimpanan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub supaya menjadi paling
pendek.
30