User manual

- Tiub teleskop dengan penyambung kon (jenis tertentu sahaja): Tarik keluar gegenggam daripada
tiub teleskop sambil memutarkannya sedikit.
- Tiub teleskop dengan sambungan butang (jenis tertentu sahaja): Tekan butang kunci muatan
spring dan tarik keluar gegenggam daripada tiub.
3 Laraskan tiub teleskop kepada panjang yang paling selesa semasa memvakum. (Gamb. 6)
Pegang simpai dengan sebelah tangan dan tarik bahagian tiub di atas simpai arah ke atas atau tolak ke
bawah dengan tangan yang sebelah lagi.

1 Untuk menyambung tiub kepada salah satu aksesori: (Gamb. 7)
- Tiub teleskop dengan sambungan kon (jenis tertentu sahaja): Masukkan tiub teleskop ke dalam
aksesori sambil memutarkannya sedikit.
- Tiub teleskop dengan sambungan butang (jenis tertentu sahaja): Tekan butang kunci muatan
spring pada tiub teleskop dan masukkan tiub ke dalam aksesori. Muatkan butang kunci muatan
spring ke dalam bukaan di dalam aksesori (‘klik’).
2 Untuk mencabut tiub teleskop daripada salah satu aksesori:
- Tiub teleskop dengan sambungan kon (jenis tertentu sahaja): Tarik keluar tiub teleskop daripada
aksesori sambil memutarkannya sedikit.
- Tiub teleskop dengan sambungan butang (jenis tertentu sahaja): Tekan butang kunci muatan
spring dan tarik tiub keluar daripada aksesori.
Petua: Muncung kecil, alat ceruk dan berus kecil (jenis tertentu sahaja) boleh juga disambungkan kepada
gegenggam hos.

1 Masukkan alat ceruk dan muncung kecil ke dalam klip.
2 Detapkan klip aksesori pada tiub (Gamb. 8).
3 Tarik klip aksesori daripada tiub untuk mengeluarkannya.

Muncung Tri-Aktif adalah muncung serba guna untuk permaidani dan lantai keras.
- Berus sisi menangkap lebih banyak habuk dan kotoran di sisi muncung dan membolehkan anda
membersihkan dengan lebih baik di sepanjang perabot dan halangan lain (Gamb. 9).
- Pembukaan di hadapan muncung membolehkan anda menyedut partikel yang lebih
besar (Gamb. 10).
1 Gunakan tetapan lantai keras untuk membersihkan lantai keras (contohnya lantai jubin, parket,
lantai berlamina dan berlinoleum): tolak suis rocker yang terletak di atas muncung dengan
kaki anda untuk mengeluarkan jalur berus daripada petaknya. Pada masa yang sama, roda
diangkat untuk mengelak daripada tercalar dan untuk meningkatkan
kebolehkendalian (Gamb. 11).
2 Gunakan tetapan permaidani untuk membersihkan permaidani: tolak suis rocker sekali lagi
untuk menghilangkan jalur berus supaya masuk ke dalam petak muncung. Roda diturunkan
secara automatik (Gamb. 12).

Kombinasi muncung boleh digunakan sama ada pada permaidani atau lantai keras.
1 Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker di atas muncung dengan kaki
anda (Gamb. 13).
, Jalur berus untuk membersihkan lantai keras keluar daripada petak muncung.
 29