User manual
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
- Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang beg habuk menjadi tersumbat. Akibat daripada itu, penunjuk
beg habuk penuh akan menandakan bahawa beg telah penuh. Gantikan beg habuk pakai buang
atau buang kandungan dalam beg habuk boleh guna semula, walaupun ia masih belum penuh
(lihat bab ‘Menggantikan/mengosongkan beg habuk’).
- Jangan gunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh merosakkan motor dan
memendekkan hayat perkakas.
- Gunakan hanya beg habuk sintetik ` s-beg Philips atau beg habuk boleh guna semula yang
dibekalkan (sesetengah negara sahaja).
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
1 Keluarkan perkakas dan aksesorinya daripada kotak.
2 Tanggalkan sebarang pelekat, kerajang atau plastik pelindung daripada perkakas.
1 Untuk menyambungkan hos, tolak dengan kukuh ke dalam perkakas (‘klik’). Pastikan ruang
dalam penyambung hos benar-benar muat pada unjuran pada badan perkakas (Gamb. 2).
2 Untuk mencabut hos, tekan butang (1) dan tarik keluar hos daripada perkakas (2) (Gamb. 3).
1 Untuk menyambung tiub teleskop kepada gegenggam:
- Tiub teleskop dengan penyambung kon (jenis tertentu sahaja): Masukkan gegenggam ke dalam
tiub teleskop dan putarkan sedikit (Gamb. 4).
- Tiub teleskop dengan sambungan butang (jenis tertentu sahaja): Tekan butang pengunci yang
muatan spring pada gegenggam dan masukkan gegenggam ke dalam tiub teleskop. Muatkan
butang kunci muatan spring ke dalam bukaan di dalam tiub (‘klik’) (Gamb. 5).
2 Untuk mencabut tiub teleskop daripada gegenggam:
28










