User manual

Pembersihan dan penyelenggaraan
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau
menyenggarakan perkakas.
Jangan bersihkan mana-mana bahagian perkakas di dalam mesin basuh
pinggan mangkuk.
Mengosongkan timba habuk
Nota: Untuk mendapatkan prestasi optimum, kosongkan timba habuk selepas
digunakan. Kosongkan timba habuk setiap kali habuk mencapai penunjuk
maksimum.
Awas Kanak-kanak hanya dibenarkan untuk mengosongkan dan
membersihkan timba habuk dan membersihkan atau mengganti penuras
dengan pengawasan.
1 Tekan butang pelepas timba habuk, pegang pemegang timba habuk
dan angkat timba habuk keluar dari perkakas.
2 Tanggalkan tudung timba habuk.
3 Kosongkan timba habuk ke dalam bakul sampah.
BAHASA MELAYU 67