User manual
4 Untukmenutupgrilekzos,mula-mulasejajarkancupingdibahagianbawahgrildenganslotdi
dalam perkakas (1). Kemudian tekan belakang tab pada perkakas sehingga gril terkunci di
tempatnya (2) (‘klik’) (Gamb. 19).
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori bagi perkakas ini, pergi kepada wakil pengedar Philips anda, pusat servis
Philips atau hubungi Pusat Layanan Pengguna Philips di negara anda. Anda juga boleh melawati
www.philips.com/support.
Memesan beg habuk
- Beg habuk sintetik Classic s-bag
®
Philips boleh didapati di bawah nombor jenis FC8021.
- Beg habuk sintetik penurasan tinggi Clinic s-bag
®
Philips boleh didapati di bawah nombor jenis
FC8022.
- Beg habuk sintetik Anti-odour s-bag
®
Philips boleh didapati di bawah nombor jenis FC8023.
- Beg habuk boleh basuh dan boleh guna semula (sesetengah negara sahaja) boleh didapati di
bawah nombor kod 4322 004 93370.
Nota: Sila kunjungi www.s-bag.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai s-bag.
Membuat pesanan penuras dan aksesori
- Penuras mikro ekzos boleh didapati dengan nombor servis 4322 004 93681.
- Penuras pelindung motor boleh didapati dengan nombor servis 4322 004 93671.
Penyimpanan
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya, dan tekan butang gulung semula kord untuk menggulung
kord (Gamb. 20).
2 Tegakkanperkakas.Untukmemasangmuncungpadaperkakas,masukkanrabungpada
muncung ke dalam slot penyimpanan.
Nota: Untuk memastikan penyimpanan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub agar menjadi paling
pendek.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 21).
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda
boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika Pusat Layanan Pelanggan
tidak terdapat di negara anda, pergi kepada wakil pengedar Philips di tempat anda.
Menyelesaikan masalah
1 Kuasa sedutannya tidak mencukupi
- Mungkin beg habuk telah penuh.
Jika perlu, ganti atau kosongkan beg habuk.
- Mungkin penuras perlu dibersihkan atau diganti.
BAHASA MELAYU 25










