User manual

Muncung lantai keras (jenis tertentu sahaja)
- Muncung lantai keras telah direka bentuk untuk pembersihan lembut lantai keras (Gamb. 6).
Pemegang aksesori (jenis tertentu sahaja)
1 Untukmenyimpanaksesorididalampemegangaksesori,tolakiakeataspemegang(Gamb.7).
Berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Berus turbo mini direka bentuk khusus untuk menangkap rambut dan bulu haiwan serta bulu
daripada perabot dan tilam dengan berkesan.
Muncung ceruk dan muncung kecil (jenis tertentu sahaja).
- Gunakan muncung ceruk untuk membersihkan sudut yang sempit atau kawasan yang sukar
dicapai.
- Gunakan muncung kecil untuk membersihkan kawasan kecil, seperti pada tempat duduk pada
kerusi dan sofa.
Menggunakan perkakas
Pembersihan vakum
1 Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.
2 Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas menggunakan kaki anda untuk
menghidupkan perkakas (Gamb. 8).
Nota: Jika anda hendak berhenti seketika, masukkan rabung pada muncung ke dalam slot peletakan
agar tiub terletak pada kedudukan yang memudahkan (Gamb. 9).
Melaraskan kuasa sedutan
- Anda boleh melaraskan kuasa sedutan menggunakan kawalan kuasa sedutan elektronik pada
pembersih vakum (Gamb. 10).
Pembersihan dan penyelenggaraan
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
1 Bersihkan perkakas dan bahagiannya dengan kain lembap.
Janganbersihkanmana-manabahagianpembersihvakumdidalammesinbasuhpingganmangkuk.
Membersihkan penuras perlindungan motor.
Untuk mengekalkan prestasi optimum, bersihkan penuras perlindungan motor sekurang-kurangnya
sekali setahun.
1 Tarik penutup ke atas untuk membukanya (Gamb. 11).
2 Angkat beg habuk keluar daripada perkakas (Gamb. 12).
3 Tarik pemegang penuras dengan penuras perlindungan motor keluar daripada
perkakas (Gamb. 13).
4 Keluarkan penuras perlindungan motor daripada pemegang dan goncang penuras
perlindungan motor di atas bakul sampah untuk membersihkannya.
5 Masukkan penuras ke dalam pemegang turas dan luncurkan pemegang turas kembali ke dalam
perkakas.
6 Kembalikan beg habuk ke dalam perkakas, dan tutup penutupnya.
BAHASA MELAYU 23