User manual
21
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Penutup
2 Butang gulung semula kord
3 Penunjuk beg habuk penuh
4 Kawalan kuasa sedutan elektronik
5 Butang hidup/mati
6 Roda belakang
7 Penyambung hos
8 Bukaan penyambungan hos
9 Tab pelepasan penutup
10 Pemegang
11 Beg habuk
12 Penuras pelindung motor
13 Pemegang penuras perlindungan motor
14 Aliran masuk motor
15 Roda putar ayun
16 Plat jenis
17 Slot storan
18 Kord sesalur kuasa dengan plag
19 Gril penuras mikro ekzos
20 Penuras mikro ekzos
21 Slot penempatan
22 Suis rocker bagi tetapan permaidani/lantai keras
23 Muncung gabungan
24 Berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
25 Muncung ceruk (jenis tertentu sahaja)
26 Muncung kecil (jenis tertentu sahaja)
27 Muncung lantai keras (jenis tertentu sahaja)
28 Tiub teleskop
29 Pemegang aksesori (jenis tertentu sahaja)
30 Hos dengan gegenggam tangan
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali sedut air atau cecair lain. Jangan sekali-kali menyedut bahan mudah terbakar dan
jangan sedut abu sebelum ia menjadi sejuk.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag atau perkakas itu sendiri adalah rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
BAHASA MELAYU










