User manual
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
- Perkakas tidak dapat berfungsi jika bekas habuk tidak ditempatkan dengan betul.
Awas
- Jangan sedut objek yang besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos
menjadi tersekat.
- Apabila anda menggunakan perkakas untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk simen dan
bahan yang serupa, liang silinder penuras menjadi tersumbat. Jika anda terasa pengurangan yang
ketara dalam kuasa sedutan, bersihkan silinder penuras.
- Jangan sekali-kali gunakan perkakas tanpa silinder penuras. Ini akan merosakkan motor dan
memendekkan hayat perkakas.
- Hanya gunakan silinder penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
- Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan menggunakan air, agen pembersih atau
bahan mudah terbakar. Ikuti arahan dalam bab ‘Pembersihan’.
- Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan kelembapan udara yang
rendah, pembersih vakum anda akan menokok elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami
kejutan elektrik semasa anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain pada pembersih vakum
anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak akan merosakkan perkakas. Untuk
mengurangkan ketakselesaan ini, kami menasihati anda:
1 agar menyahcas perkakas dengan kerap kali mendekatkan tiub berdekatan objek logam lain di
dalam bilik (contohnya kaki meja atau kerusi, radiator, dsb.) (Gamb. 2).
2 untuk meningkatkan tahap kelembapan udara di dalam bilik dengan meletakkan air di dalam bilik.
Contohnya, anda boleh menggantung bekas berisi air daripada radiator anda atau letakkan
mangkuk plastik berisi air di atas atau berhampiran radiator anda (Gamb. 3).
Medan elektromagnet (EMF)
- Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika
perkakas ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia
selamat untuk digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Bersedia untuk menggunakan
Hos
1 Untukmenyambunghos,tekaniakedalamperkakas(1)danputarmengikutjam(2)
(‘klik’)(Gamb.4).
2 Untukmenanggalkanhos,putarmelawanjam(1)dantarikkeluardaripada
perkakas(2)(Gamb.5).
Tiub
1 Untukmenyambungbahagian-bahagiantiubkearahsatusamalain,masukkanbahagianyang
sempitkedalambahagianyanglebihlebarsambilmemusingkannyasedikit.(Gamb.6)
2 Untukmenyambungkantiubkepadagegenggamtanganpadahos,masukkanbahagianyang
sempitkedalambahagianyanglebihlebardanpusingkannyasedikit(Gamb.7).
- Untuk menanggalkan sambungan tiub atau bahagian tiub, tarik sambil memusingkannya sedikit.
- Sambung dan tanggalkan aksesori dengan cara yang sama.
BAHASA MELAYU22
4222_003_3561_1_DFU-booklet_v2.indd 22 04-05-11 15:03










