User manual

1 Untuk menyambungkan alat ceruk, masukkan tiub atau gegenggam tangan sambil
memusingkannya sedikit.

- Anda boleh menggunakan muncung kecil untuk membersihkan kawasan kecil, contohnya tempat
duduk kerusi dan sofa (Gamb. 10).
- Anda boleh sambungkan muncung kecil kepada tiub atau terus kepada gegenggam tangan pada
hos.
1 Untuk menyambungkan muncung kecil, masukkan tiub atau gegenggam tangan sambil
memusingkannya sedikit.


1 Tarik kord sesalur kuasa keluar daripada perkakas dan masukkan plag ke dalam soket dinding.
2 Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas menggunakan kaki anda
untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 11).

Semasa memvakum, anda boleh melaraskan kuasa sedutan menggunakan:
- gelangsar pada gegenggam tangan hos, atau (Gamb. 12)
- kawalan kuasa sedut elektronik pada pembersih vakum (Gamb. 13).
Nota: Gunakan kuasa sedutan maksimum untuk memvakum permaidani yang sangat kotor dan lantai
keras. Gunakan kuasa sedutan minimum untuk memvakum langsir, alas meja dll.

- Jika anda hendak berhenti seketika, masukkan rabung pada muncung ke dalam slot perletakan
agar tiub dalam kedudukan yang memudahkan (Gamb. 14).

1 Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
2 Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord (Gamb. 15).
3 Selepas digunakan, simpan alat ceruk di dalam pemegangnya (Gamb. 9).
4 Letakkan perkakas pada keadaan tegak dan masukkan rabung pada muncung lantai ke dalam
slot penyimpanan pada perkakas (Gamb. 16).

Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali anda hendak mengosongkan beg habuk boleh
guna semula.
- Kosongkan beg habuk sebaik sahaja penunjuk beg habuk penuh bertukar warna secara kekal,
iaitu walaupun semasa muncung tidak diletakkan di atas lantai (Gamb. 17).

1 Letakkan jari anda di bawah tab pelepas (1) dan buka ruang beg habuk (2) (Gamb. 18).
2 Tarik tab penempat beg habuk (1) ke hadapan dan alihkan beg habuk (2) (Gamb. 19).
3 Untuk mengosongkan beg habuk, kibas kandungannya di atas tong sampah.
 23