User manual

Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali sedut air atau cecair lain. Jangan sekali-kali menyedut bahan mudah terbakar dan
jangan sedut abu sebelum ia menjadi sejuk.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag atau perkakas itu sendiri adalah rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain ke arah mata atau telinga, mahupun
memasukkannya ke dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum
dan pembersih vakum ini telah dihidupkan.
- Jangan gunakan perkakas ini dan berus turbo mini pada haiwan peliharaan.
- Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
Awas
- Jangan sedut objek yang besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos
menjadi tersekat.
- Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum debu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang beg habuk dan penuras perlindungan motor akan tersumbat.
Jika anda terasa penyusutan ketara pada kuasa sedutan, ganti beg habuk dan bersihkan penuras
perlindungan motor.
- Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali sebelum anda mengganti beg habuk atau
membersihkan penuras dan memasang atau menanggalkan pemasangan aksesori.
- Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa beg habuk atau penuras perlindungan motor. Ini
boleh merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas. Kami menasihatkan agar anda
menggunakan beg habuk
®
beg s Philips atau beg habuk boleh guna semula Philips.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
BAHASA MELAYU38