User manual


Sentiasa cabutkan perkakas sebelum anda mengganti penuras.
Ganti penuras ekzos HEPA setiap 12 bulan.
- Untuk mengeluarkan penuras lama dan mengganti dengan yang baru, ikuti arahan bagi
mengeluarkan dan menempatkan penuras dalam bahagian ‘Membersihkan penuras ekzos HEPA’
dalam bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’.

- Beg habuk sintetik beg s Classic Philips
®
boleh didapati di bawah nombor jenis FC8021.
- Beg habuk sintetik penurasan tinggi beg s Clinic Philips
®
boleh didapati di bawah nombor jenis
FC8022.
- Beg habuk sintetik beg s Anti-odour Philips
®
boleh didapati di bawah nombor jenis FC8023.
- Beg habuk boleh guna semula (sesetengah negara sahaja) boleh didapati di bawah nombor kod
4322 004 93370.
Nota: Sila kunjungi www.s-bag.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai s-beg.

- Penuras ekzos HEPA boleh didapati di bawah nombor jenis FC8070.

1 Matikan peralatan dan cabut plagnya.
2 Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord (Gamb. 28).
3 Tegakkan perkakas. Untuk memasang muncung pada perkakas, masukkan rabung pada
muncung ke dalam slot penyimpanan.
Nota: Untuk memastikan penyimpanan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub supaya menjadi paling
pendek.

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa apabila sampai akhir hayatnya, tetapi
bawalah ia ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini,
anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 29).

Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda mengalami masalah, sila lawati tapak web
Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Penjagaan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips di tempat anda.
 37