User manual
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
- Jangan sedut objek yang besar kerana ini mungkin menyebabkan laluan udara dalam tiub atau
hos tersekat.
- Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum debu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang beg habuk dan penuras perlindungan motor akan tersumbat.
Jika anda terasa penyusutan ketara pada kuasa sedutan, ganti beg habuk dan bersihkan penuras
perlindungan motor.
- Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali sebelum anda mengganti beg habuk atau
membersihkan penuras.
- Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa beg habuk atau penuras perlindungan motor. Ini
boleh merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas. Kami menasihatkan agar anda
menggunakan beg habuk kertas dua lapis beg s Philips
®
.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
1 Untuk menyambungkan hos, tekan ia masuk betul-betul ke dalam perkakas (‘klik’) (Gamb. 2).
2 Untuk mencabutkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik penyambung hos keluar daripada
bukaan penyambung hos (2). (Gamb. 3)
1 Untuk menyambungkan tiub kepada gegenggam hos, masukkan bahagian yang sempit ke dalam
bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 4).
Untuk mencabut tiub, tarik sambil memusingkan sedikit.
2 Laraskan tiub teleskop agar panjangnya selesa bagi anda semasa memvakum. Tekan gelangsar
pada tiub (1) dan tekan bahagian bawah tiub ke bawah atau tarik ke atas (2) (Gamb. 5).
Anda boleh gunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam) atau
pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
- Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker di atas muncung gabungan dengan kaki anda
untuk membuatkan jalur berus keluar daripada petak muncung. (Gamb. 6)
- Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker di sebelah yang satu lagi agar jalur berus
hilang ke dalam petak. (Gamb. 7)
- Muncung lantai keras direka untuk membersihkan lantai keras dengan lembut (Gamb. 8).
Anda boleh menyimpan dua aksesori di dalam klip aksesori pada masa yang sama.
34










