User manual

- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan letakkan tangan atau jari anda berdekatan dengan tempat sambungan antara bahagian
batang atas dengan bawah untuk mengelakkan kecederaan ketika anda melipat bahagian atas
batang ke bawah atau keluar.
Awas
- Tanggalkan penyesuai daripada soket dinding sebelum membersihkan tapak pengecasan.
- Caskan perkakas hanya dengan tapak pengecasan yang dibekalkan. Semasa mengecas,
penyesuai akan terasa hangat apabila disentuh. Ini perkara biasa.
- Sentiasa matikan perkakas setelah digunakan.
- Voltan pada jalur hubungan di dalam unit pengecasan adalah rendah, maka ia tidak berbahaya.
- Jangan cuba mengganti bateri boleh cas semula itu sendiri. Jika anda menghadapi masalah
mengecas semula bateri itu, bawa perkakas ke wakil penjual anda atau pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips agar ia boleh diperiksa.
- Apabila anda menggunakan perkakas untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk simen dan
bahan serupa, liang silinder penuras menjadi tersumbat. Jika anda terasa pengurangan yang ketara
dalam kuasa sedutan, bersihkan penuras.
- Hanya gunakan penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
- Matikan perkakas sebelum anda mengecasnya.
- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Sebelum penggunaan pertama
1 Tanggalkansebarangkerajangatauplastikpelindungdaripadaperkakas.
2 Lipatkeluarbahagianatasbatangkepadakedudukanmenegak(‘klik’).
3 Letakkanbatangitupadamuncunglantai(‘klik’)(Gamb.2).
Bersedia untuk menggunakan
Mengecas perkakas
Caskan perkakas selama sekurang-kurangnya 16 jam sebelum anda menggunakannya pada kali
pertama.
Perkakas mengambil masa kira-kira 16 jam untuk dicas sepenuhnya.
Masa operasi perkakas adalah 20 minit.
1 Letakkanpenyesuaitapakpengecasandidalamsoketdinding.
2 Letakperkakasdiatastapakpengecasan(Gamb.3).
Nota: Pastikan perkakas dimatikan apabila anda meletakkannya pada tapak pengecasan, jika tidak,
perkakas akan berjalan sehingga ia habis kuasa dan perkakas tidak akan mengecas sehingga anda
memutar suis kepada kedudukan mati.
, Lampupengecasanakanmenyalauntukmenunjukkanbahawaperkakas
sedangmengecas.(Gamb.4)
Nota: Lampu pengecasan tidak menunjukkan tahap cas bateri perkakas.
BAHASA MELAYU 27