User manual
26
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Gelangsar hidup/mati
B Bahagian atas batang
C Butang untuk melipat batang atas
D Bahagian bawah batang
E Muncung lantai
F Skru penahan
G Alat penahan
H Berus pembersih
I Roda hadapan
J Alur pemotong
K Jalur sesentuh
L Pangkalan pengecasan
M Jalur sesentuh
N Lampu pengecasan
O Sokongan belakang bagi tapak pengecasan
P Plag Penyesuai
Q Penuras kain
R Timba habuk
S Penuras kon
T Butang pelepas timba habuk
U Butang pelepas tudung timba habuk
V Butang pelepasan muncung lantai
W Roda belakang
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali menyedut air atau cecair lain. Jangan sekali-kali menyedut bahan mudah terbakar
dan jangan sedut abu sebelum ia menjadi sejuk.
- Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas atau tapak pengecasan di dalam air atau sebarang cecair
lain, atau membilasnya di bawah paip.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah berpadanan dengan voltan
sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda menyambungkan perkakas ini.
- Jangan gunakan perkakas ini jika penyesuai, tapak pengecasan atau perkakas itu sendiri rosak.
- Jika penyesuai atau tapak pengecasan rosak, anda hendaklah setiap kali menggantinya dengan
salah satu jenis yang tulen bagi mengelakkan bahaya.
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag
yang lain, kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
BAHASA MELAYU










