User manual

- Jangan gunakan pembersih vakum atau pengecas sekiranya ianya
rosak.
- Pengecas dan penyesuai tidak boleh digantikan. Jika pengecas atau
penyesuai rosak, perkakas mesti dibuang.
- Plag penyesuai mengandungi transformer. Jangan potong plag
penyesuai untuk menggantikannya dengan plag yang lain kerana
ini akan menimbulkan situasi berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi
atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Awas
- Keluarkan penyesuai dari soket dinding sebelum anda membersihkan
pengecas.
- Hanya cas pembersih vakum dengan pengecas yang disediakan.
Semasa pengecasan, penyesuai terasa panas apabila disentuh. Ini
adalah biasa.
- Selalu mematikan pembersih vakum selepas penggunaan.
- Voltan pada jalur sesentuh di dalam unit pengecasan adalah rendah
(maks. 12 volt) maka ia tidak berbahaya.
- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
- Matikan perkakas apabila anda mengecasnya semula.
- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
- Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila
menggerudi lubang pada dinding untuk memasang unit pengecasan,
terutamanya jika berhampiran dengan soket dinding.
- Cas, simpan dan gunakan perkakas pada suhu di antara 5°C dan
35°C.
- Jangan buka atau melitar pintaskan bateri. Lindungi bateri daripada
kebakaran, haba dan cahaya matahari langsung.
BAHASA MELAYU54