User manual

Menggantikan penuras dalaman
1 Alih keluar unit penuras daripada petak habuk. Putar penuras luar
mengikut arah lawan jam (1) dan keluarkannya daripada pemegang
penuras (2). (Gamb. 14)
2 Dengan lembut putarkan penuras dalaman mengikut arah lawan jam
(1) dan keluarkannya daripada pemegang penuras (2). Letakkan
penuras dalaman yang baru pada pemegang penuras (1) dan
putarkannya mengikut arah jam untuk memasangnya (2). (Gamb. 15)
3 Tolak hujung penuras dalaman ke dalam. Letakkan penuras luar pada
pemegang penuras (1) dan pusingkannya mengikut arah jam untuk
memasangkannya (2). (Gamb. 16)
4 Letakkan semula unit penuras ke dalam petak habuk (Gamb. 17).
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami di
www.shop.philips.com/service. Jika kedai dalam talian tidak tersedia
di negara anda, pergi ke pembekal Philips atau pusat khidmat Philips. Jika
anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi perkakas
anda, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda
boleh mendapati nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa pada akhir
hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitari
semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar (Gamb. 18).
- Bateri dapat dicas semula terbina dalam mengandungi bahan yang
boleh mencemarkan alam sekitar. Keluarkan bateri apabila anda
membuang perkakas ini. Jangan buang bateri dengan sisa rumah
tangga biasa, tetapi serahkannya di pusat kutipan rasmi. Anda juga
boleh membawa perkakas tersebut ke pusat servis Philips. Kakitangan
di pusat ini akan mengeluarkan bateri untuk anda dan membuangnya
dengan cara yang mesra alam (Gamb. 19).
BAHASA MELAYU38