User manual

Amaran
- Jangan gunakan pembersih vakum sekiranya ianya rosak.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah
diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
Awas
- Selalu mematikan pembersih vakum selepas penggunaan.
- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
- Simpan dan gunakan perkakas pada suhu di antara 5°C dan 35°C.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Menggunakan perkakas
1 Tolak suis gelangsar hidup/mati ke depan untuk menghidupkan
perkakas (Gamb. 2).
2 Tolak suis gelangsar hidup/mati ke belakang untuk mematikan
perkakas (Gamb. 3).
Aksesori
Perkakas disertakan dengan aksesori yang berikut:
- berus besar dan kecil untuk membersihkan permukaan yang halus;
- alat ceruk panjang dan pendek untuk memvakum sudut atau celah
sempit;
- kord kereta bersama plag kereta untuk penggunaan tanpa had;
- hos untuk memanjangkan capaian;
- beg penyimpanan untuk menyimpan perkakas di dalam kereta anda.
BAHASA MELAYU 35