User Manual

◗ Lampu pengecasan akan menyala untuk menunjukkan bahawa
perkakas sedang dicas (rajah 6).
B
Lampu pengecasan akan tetap menyala selagi perkakas masih
tersambung dengan unit pengecasan dan palam penyesuai masih
berada di dalam soket dinding.
B
Lampu pengecasan tidak memberikan apa-apa maklumat tentang
aras cas bateri binaan dalam.
Menggunakan peralatan
1 Tolak suis gelangsar hidup/mati ke depan untuk menghidupkan
perkakas (rajah 7).
2 Tolak suis gelangsar hidup/mati ke belakang untuk mematikan
perkakas (rajah 8).
3 Biarkan palam penyesuai di dalam soket dinding dan sentiasa
letakkan kembali pembersih vakum di atas unit pengecasan
dengan serta-merta selepas digunakan, walaupun bateri masih
hampir bercas penuh.
Berus, alat ceruk dan alat penyeka.
Perkakas ini dilengkapi tiga aksesori:
- alat berus untuk membersihkan permukaan halus;
- alat ceruk untuk membersihkan tempat-tempat yang sukar dicapai;
- alat penyeka untuk menyedut cecair.
1 Ambil aksesori yang hendak anda gunakan dari unit pengecasan.
2 Pasangkan aksesori pada muncung perkakas (rajah 9).
◗ Apabila menyedut cecair, pegang perkakas dengan muncung
menghala ke bawah pada sudut 30c. Pastikan alat penyeka
menyentuh permukaan yang hendak dibersihkan. Jangan
condongkan perkakas ke mana-mana arah.
Hentikan penyerapan cecair kalau paras cecair di dalam bahagian
debu sampai ke garis tanda maksimum.
BAHASA MELAYU32










