User Manual

◗ Selalu matikan pembersih vakum selepas penggunaan.
◗ Jauhkan perkakas dari jangkauan kanak-kanak.
◗ Voltan pada jalur hubungan dalam unit pengecasan adalah rendah
(maks. 12 volt) maka ia tidak berbahaya.
◗ Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa
memvakum.
◗ Matikan perkakas semasa mengecaskannya.
◗ Selepas perkakas digunakan untuk menyedut cecair, kosongkan
dan keringkan bekas habuk sebelum menyimpan perkakas ke
dalam unit pengecasan.
◗ Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila
menggerudi lubang pada dinding untuk memasang unit
pengecasan, terutamanya jika berhampiran soket dinding.
Persediaan bagi penggunaan
Memasangkan unit pengecasan
1 Anda boleh memasang unit pengecasan pada dinding seperti yang
ditunjukkan dalam rajah (rajah 2).
Jika anda memasangkan unit pengecasan pada dinding, jarak di antara
lubang-lubang skru hendaklah sepanjang 70mm.
2 Anda boleh juga meletakkan unit pengecasan di atas permukaan
mendatar (cth. meja atau bangku) (rajah 3).
3 Kord sesalur berlebihan boleh dililitkan di sekeliling unit
pengecasan (rajah 4).
Mengecas alat
Caskan peralatan untuk selama 16 jam sebelum anda menggunakannya
buat pertama kali.
1 Masukkan palam penyesuai ke dalam soket dinding.
2 Letakkan pembersih vakum di atas unit pengecasan (rajah 5).
BAHASA MELAYU 31










