User Manual

Perihalan umum (rajah 1)
A Alat ceruk
B Alat berus
C Alat penyeka
D Pemegang turas
E Tu r as
F Gelang turas
G Lubang alur untuk aksesori
H Unit pengecasan
I Palam penyesuai
J Bekas habuk
K Butang pelepas bekas habuk
L Bukaan udara ekzos
M Lampu pengecasan (LED)
N Gelangsar hidup/mati
O Jalur hubungan
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpankan ia bagi rujukan pada masa depan.
◗ Jangan gunakan perkakas jika ia rosak dalam apa cara sekalipun.
Bawalah ia ke pusat servis Philips yang disahkan untuk dibaiki.
◗ Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada palam penyesuai
sepadan dengan voltan sesalur tempatan sebelum anda
menyambungkan perkakas.
◗ Jangan sekali-kali sedut bahan mudah bakar atau cecair yang
mengakis dan jangan sedut abu selagi ia belum sejuk.
◗ Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum atau unit
pengecasan ke dalam air dan jangan biarkan air memasuki unit
motor atau unit pengecasan.
◗ Cabutkan palam penyesuai dari soket dinding sebelum
membersihkan unit pengecasan.
◗ Caskan pembersih vakum hanya dengan menggunakan palam
penyesuai dan unit pengecasan yang dibekalkan. Semasa
pengecasan, palam penyesuai akan terasa panas sedikit apabila
disentuh. Ini adalah normal.
BAHASA MELAYU30










