User manual

Penyelesai Masalah
Bab ini merumuskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah
dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk
mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di
negara anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Alat pencukur tidak
mencukur sebaik
sebelum ini.
Kepala pencukur rosak atau
lusuh.
Gantikan kepala pencukur (Lihat bab
‘Penggantian’).
Lebihan busa dan gel
menyumbat kepala pencukur.
Bilas unit pencukur di bawah air paip
panas (lihat bab Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
Rambut yang panjang
menghalang kepala pencukur.
Bersihkan kepala pencukur satu demi
satu (lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
Anda belum lagi memasukkan
kepala pencukur dengan betul.
Pastikan bahawa bahagian unjuran kepala
pencukur muat dengan tepat di dalam
ruang ceruknya (lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
Pencukur tidak
berfungsi apabila saya
menekan butang
hidup/mati.
Bateri boleh cas semula telah
habis.
Caskan bateri semula (lihat bab ‘Pengecasan’).
Suhu pencukur terlalu tinggi.
Dalam kes ini, pencukur tidak
berfungsi.
Sebaik sahaja suhu pencukur turun
secukupnya, anda boleh menghidupkan
pencukur kembali.
Pencukur tidak
berfungsi, walaupun
ia disambungkan
kepada sesalur kuasa.
Pencukur tidak direka bentuk
untuk digunakan langsung
daripada sesalur kuasa.
Cas bateri semula (lihat bab ‘Mengecas’) dan
tanggalkannya dari sesalur kuasa.
BAHASA MELAYU60