User manual
47
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat mengenai
ciri hebat pencukur ini serta beberapa petua untuk mencukur dengan lebih
mudah dan lebih menyeronokkan.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Tukup pelindung
2 Unit pencukur
3 Butang pelepas unit pencukur
4 Butang hidup/mati pencukur (AT899/AT896/AT894/AT891/AT890/
AT811/AT756/AT753/AT751/AT750 sahaja)
5 Simbol kepala pencukur
6 Lampu pengecasan (AT899/AT896/AT894/AT891/AT890/AT811/
AT756/AT753/AT751/AT750 sahaja)
7 Dirian pengecasan (AT941/AT940 sahaja)
8 Penyesuai
9 Berus pembersih
10 Pau penyimpanan (AT941/AT940/AT897/AT894/AT891/AT890/AT811
sahaja)
11 Simbol bateri dan simbol kepala pencukur (AT941/AT940/AT897
sahaja)
12 Butang hidup/mati pencukur (AT941/AT940/AT897 sahaja)
13 Gelangsar pelepas perapi (AT941/AT940/AT897/AT896/AT894/AT891/
AT890/AT811/AT756 sahaja)
14 Perapi (AT941/AT940/AT897/AT896/AT894/AT891/AT890/AT811/
AT756 sahaja)
Nota: Anda boleh dapatkan jenis nombor di bahagian belakang pencukur.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan dirian pengecasan (AT941/AT940 sahaja). Simpan manual
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai tidak menjadi basah.
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
BAHASA MELAYU