User manual
Awas
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk
membilas pencukur tersebut.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
- Pencukur dan aksesori lain tidak kalis mesin basuh pinggan mangkuk.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
- Jangan gunakan pencukur, penyesuai, dirian pengecasan atau mana-mana
bahagian lain jika ia rosak, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.
Anda hendaklah mengganti penyesuai, pengecas atau bahagian yang
rosak dengan jenis yang asli setiap kali.
- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 10°C dan 35°C.
- Anda hendaklah memastikan bahawa pencukur diletakkan dan
digunakan di atas permukaan yang tahan cecair.
- Hanya gunakan penyesuai, dirian pengecasan dan aksesori yang
dibekalkan.
- Anda hendaklah setiap kali meletakkan tukup pelindung pada pencukur
untuk melindungi kepala pencukur semasa anda dalam perjalanan.
- Jika pencukur tertakluk kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan
atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum
anda menggunakannya.
- Jangan rendam unit motor di dalam air atau sebarang cecair lain, atau
membilasnya di bawah pili air.
Pematuhan standard
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet (EMF).
Am
- Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik dan ia sesuai
dengan voltan sesalur kuasa yang berbagai antara 100 hingga 240 volt.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
Pengecasan
Nota: Pencukur tidak boleh digunakan terus dari sesalur kuasa.
Apabila anda mengecas pencukur pada kali pertama atau selepas sekian
lama tidak menggunakannya, biarkan ia dicas sehingga lampu pengecasan
menyala berterusan.
Lihat jadual di bawah untuk masa pengecasan pencukur anda.
Masa pengecasan 1 jam 8 jam
AT941, AT940, AT897 AT899, AT896, AT790
AT894, AT892, AT891 AT756, AT753, AT751
AT890, AT811 AT750
BAHASA MELAYU 49