User Guide
30
Pembersihan dan penyenggaraan
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mula membersihkannya.
Jangan bersihkan badan perkakas, penapis habuk dan penapis gas dengan air atau dengan sebarang
cecair atau detergen lain.
Jangan sentuh pengecas medan korona apabila anda membersihkan perkakas.
Badan perkakas
Sentiasa bersihkan bahagian dalam dan luar badannya untuk mengelakkan habuk daripada terkumpul
di bahagian dalam dan luar.
1 Kesat habuk dengan kain kering dan lembut dari badan perkakas.
2 Bersihkan salur masuk udara dan salur keluar udara dengan pembersih vakum.
Penderia kualiti udara
Jikapenderiakualitiudarakotor,prestasinyatidakbolehdipercayailagi.
1 Bersihkan kotroan dengan berus lembut atau dengan pembersih vakum.
Penapis habuk dan penapis gas
1 Tanggalkan penapis dari perkakas (lihat bab ‘Penggantian penapis’, seksyen ‘Menanggalkan
penapis’).
2 Bersihkan kotoran yang nyata dengan pembersih vakum.
Jangan sekali-kali bersihkan penapis habuk dan penapis gas dengan air atau lain-lain cecair atau
detergen. Jika penapisnya basah, lupuskannya dan gantikan denganwith penapis baru.
Nota: Di bawah keadaan penggunaan yang biasa, kami menyarankan agar anda meletakkan penapis
gas di bawah sinaran matahari langsung di dalam bilik yang mempunyai pengalihudaraan semula jadi
selama 3-4 jam setiap 4 bulan. Ini membantu mengekalkan prestasi penapis yang baik dan
memanjangkan hayat penapis tersebut. Dalam keadaan penggunaan yang melampau (persekitaran
merokok, bilik yang baru diubah suai, penggunaan bukan domestik, dsb,) dan penggunaan yang lebih
kerap, anda perlu melakukan ini dengan lebih kerap lagi.
Pra-tapis
1 Bersihkan pra-tapis dengan pembersih vakum.
Nota: Anda boleh juga membersihkan pra-tapis di dalam air.
2 Jika anda telah membersihkan pra-tapis di dalam air, keringkannya dengan betul sebelum anda
meletakkannya semula ke dalam perkakas.
Menggantikan penapis
Penapis habuk
Dalam keadaan penggunaan rumah biasa dalam persekitaran tidak merokok
dan penyelenggaraan yang betul (lihat bab ‘Membersih dan menyelenggara’), penapis habuk
tahan selama kira-kira 5 tahun.
Gantikan penapis habuk apabila warna penapis sepadan dengan warna wajar bagi bahagian
yang wajar label penggantian penapis.
Label penggantian penapis
Perkakas (dan setiap penapis baru) disediakan dengan label penggantian penapis dengan dua
bahagian: (Gamb. 17)
bahagian dengan warna coklat gelap (warna kotoran tembakau) untuk persekitaran merokok;
,
,
,
-
BAHASA MELAYU30










