User Guide

Table Of Contents
Pilih tetapan Dioptimumkan untuk kedai atau Tersuai
bagi tetapan gambar dan audio.
Logo dan sepanduk
(Utama) > Tetapan > Tetapan
Umum > Persediaan Kedai > Logo dan Sepanduk
Tetapkan untuk memaparkan Logo ditampilkan dan
Sepanduk promosi.
Automula Demo Me
(Utama) > Tetapan > Tetapan
Umum > Persediaan Kedai > Automula Demo Me
Hidupkan/Matikan automula Demo Me.
HDMI Ultra HD
Tetapkan kualiti isyarat untuk setiap penyambung
HDMI
(Utama) > Tetapan > Tetapan Umum > HDMI
Ultra HD > HDMI (port)
TV ini boleh memaparkan isyarat Ultra HD.
Sesetengah peranti - yang disambungkan dengan
HDMI - tidak mengenali TV dengan Ultra HD dan
mungkin tidak berfungsi dengan betul atau
menunjukkan gambar atau bunyi yang herot.
Untuk mengelakkan kepincangan tugas peranti
tersebut, anda boleh melaraskan tetapan HDMI Ultra
HD apabila TV dalam sumber HDMI. Tetapan yang
disyorkan untuk peranti lama adalah Standard.
• Tetapan Optimum membenarkan maksimum
sehingga isyarat Ultra HD (50Hz atau 60Hz) RGB 4:4:4
atau YCbCr 4:4:4/4:2:2/4:2:0.
• Tetapan Standard membenarkan maksimum
sehingga isyarat Ultra HD (50Hz atau 60Hz) YCbCr
4:2:0.
Format pemasaan video maksimum yang disokong
untuk pilihan HDMI Ultra HD:
• Resolusi: 3840 x 2160
• Kadar bingkai (Hz): 50Hz, 59.94Hz, 60Hz
• Subpensampelan data video (kedalaman bit)
- 8 bit: YCbCr 4:2:0, YCbCr 4:2:2*, YCbCr 4:4:4*, RGB
4:4:4*
- 10 bit: YCbCr 4:2:0*, YCbCr 4:2:2*
- 12 bit: YCbCr 4:2:0*, YCbCr 4:2:2*
* disokong hanya apabila HDMI Ultra HD ditetapkan
kepada Optimum atau Optimum (Permainan
Automatik) / Optimum (Permainan Automatik 120Hz
Pro).
Pilih Standard jika gambar atau bunyi terherot.
• Tetapkan Optimum (Permainan Automatik) /
Optimum (Permainan Automatik 120Hz Pro) untuk
mendayakan TV agar dapat menyokong video Kadar
Segar Semula Boleh Ubah HDMI* (pada sesetengah
model sahaja dan tetapan Gaya gambar adalah
bukan Monitor). Pilihan ini juga akan membolehkan
TV menetapkan gaya Gambar/Bunyi secara
automatik kepada Permainan apabila peranti HDMI
disambungkan pada TV.
* Dengan Kadar Segar Semula Boleh Ubah HDMI
yang disokong, TV mengubah kadar segar semula
dalam masa nyata mengikut isyarat kadar bingkai
untuk disegerakkan dengan setiap gambar.
Digunakan untuk mengurangkan sela, getar dan herot
bingkai untuk pengalaman permainan yang lebih
baik.
Nota:
Untuk menonton kandungan HDR10+ daripada
sumber HDMI, anda perlu mematikan kuasa pemain
anda dan menghidupkan semula kuasa apabila
pemain disambungkan pada TV yang memainkan
kandungan sedemikian buat kali pertama. Kandungan
HDR10+ hanya disokong apabila HDMI Ultra HD
ditetapkan kepada Optimum , Optimum (Permainan
Automatik) atau Optimum (Permainan Automatik
120Hz Pro).
Mod Filem Automatik
Tetapkan mod Filem automatik
(Utama) > Tetapan > Tetapan Umum > Mod
filem automatik
Tetapkan Mod filem automatik kepada Hidup, jika
anda mahu TV menetapkan Gaya gambar kepada
Filem secara automatik apabila peranti HDMI
disambungkan pada TV.
Urus Demo
(Utama) > Aplikasi > Demo me > Urus demo
Jika TV ditetapkan kepada Kedai, anda boleh
menguruskan video demo dalam aplikasi Tunjukkan
Caranya .
Mainkan video demo
(Utama) > Aplikasi > Demo me > Urus
demo > Main
Pilih fail video demo dan mainkan.
Salin fail demo
(Utama) > Aplikasi > Demo me > Urus
demo > Salin kepada USB
Salin fail demo kepada pemacu USB.
43