User manual

32
Udara lebih bersih untuk rumah yang lebih sihat
Kini anda dapat menikmati udara yang lebih bersih dengan
pembersih udara Lux. Sudah tentu anda patut meletak-kannya
di tempat anda paling banyak menghabiskan masa, misalnya di
ruang tamu atau bilik tidur.
Di mana sahaja ada manusia, tanaman atau binatang
kesayangan, di situ ada zarah bawaan udara yang boleh
menjejaskan kesejahteraan, terutama bagi mereka yang
mengalami alergi.
Sebagai contoh, tahukah anda udara di dalam rumah kerap
kali sama tercemar seperti udara di bandar? Kajian sains
menunjukkan kandungan zarah setiap liter udara seperti berikut:
Biasanya, zarah di udara dalaman tidak dapat dilihat mahupun
dihidu baunya. Namun zarah tetap ada dan dapat menjejaskan
kesihatan. Jika digunakan mengikut saiz bilik yang disarankan,
pembersih udara ini akan mengurangkan kandungan zarah di
udara sekurang-kurangnya 80% terusmenerus. Alat ini
menyedut zarah bawaan udara seperti habuk, debunga, spora
kulat, zarah dari bulu binatang dan bahan pencemar industri di
bilik, hingga udara di bilik anda meningkat mutunya.
Bukan di rumah sahaja
Oleh kerana saiznya yang padat, pembersih udara ini paling sesuai
untuk digunakan di rumah, tetapi juga bermanfaat di pejabat,
sekolah dan tempat-tempat kerja yang lain.
Penurasan beberapa peringkat
Demi menghasilkan mutu udara yang setinggi-tingginya,
pembersih udara ini mengandungi sistem penurasan dua
peringkat yang direka khas untuknya. Apabila memasuki alat
ini, udara akan melalui dua turas, kemudian dikeluarkan
semula ke bilik.
Peringkat 1 Dua praturas menghapuskan zarah besar seperti
rambut.
Peringkat 2 Turas utama elektrostatik menghapuskan zarah
seni seperti debunga, spora kulat, habuk dan zarah dari bulu
binatang.
Anda juga boleh menggunakan turas karbon (No. Rujukan
EF101) bagi pembersih udara ini. Turas karbon mengurangkan
kandungan gas dan bau (misalnya bau rokok) daripada udara
dalaman. (Turas karbon akan mengurangkan sedikit aliran
udara.)
Untuk keselamatan anda
Pembersih udara ini adalah alat elektrik dan harus diperlakukan
seperti alat elektrik. Ikuti arahan keselamatan ini dan simpan buku
ini supaya dapat dirujuk pada lain masa.
•Jangan gunakan di tempat yang lembab seperti di bilik
mandi. Jika alat ini dimasuki cecair, matikan dan bawa ke
pusat servis yang sah untuk diperiksa.
•Jangan gunakan di luar rumah.
Spesifikasi Teknikal
Kadar Hantaran Udara Bersih (CADR) m
3
/jam
Kedudukan 1 130
Kedudukan 2 230
Kedudukan 3 330
Keupayaan saiz bilik (m
2
)
Pengendalian tidak berbunyi (kedudukan 1) 26
Kedudukan maksimum (kedudukan 3) 66
Paras Hingar (dBa) (ISO 3741)
Kedudukan 1 31
Kedudukan 2 44
Kedudukan 3 63
Kaedah pembersihan udara
Turas kertas elektrostatik
Pelarasan Kelajuan Kipas
Piring Putaran
Fungsi Automatik
Pengesan habuk
pengesan bunyi
Paparan elektronik
Ya
Penunjuk Penggantian Turas
Ya
Penggunaan Kuasa (W)
Kedudukan 1 20
Kedudukan 2 30
Kedudukan 3 70
Ukuran (mm)
Tinggi/Lebar/Panjang ke Dalam 485/480/320
Berat(Kg)
8
Menepati persyaratan keselamatan dan had
pengeluaran ozon arahan IEC-335-1 dan 335-2-65.
Jangan gunakan berhampiran dengan gas mudah menyala.
•Jangan letakkan di bawah alat pengesan asap.
•Jangan gunakan jika wayar atau plag rosak. Bawa ke pusat
servis yang sah untuk diperbaiki.
Jangan letakkan benda-benda di atas atau di dalam alat ini.
•Jangan sekat jerijinya.
Sebelum menanggalkan turas untuk dibersihkan, matikan
dahulu bekalan elektrik dan tanggalkan plag.
Seperti alat elektrik yang lain, pembersih udara ini boleh
mengeluarkan sedikit ozon. Anda mungkin mengesan sedikit
bau (serupa bau klorin) terutama jika alat masih baru, atau
jika turas baru dibersihkan.
Namun jumlah yang dihasilkan sangat kecil dan jauh di
baw ah had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi
mengurangkan ozon, anda boleh memasang turas karbon
pada pembersih udara ini.
Diperakui of
PERSEKITARAN DESA 1 juta
BANDAR 100 juta
DALAM RUMAH 100 juta
LEBUH RAYA 1 bilion
ASAP TEMBAKAU 100 bilion
Spesifikasi diukur pada 230V/50Hz.