User manual

33
Untuk hasil terbaik
Tempatkan pembersih udara di lantai berhampiran dengan
dinding. Pembersih udara menyedut udara di paras lantai dan
mengeluarkan udara dari atas. Jika terdapat alat pemanas
dipasang di dinding, letakkan pembersih udara sepanjang
dinding yang sama supaya udara panas yang naik keluar ber-
temu dengan aliran udara dari pembersih udara ini. Apabila
dua atau lebih unit digunakan dalam satu bilik, letakkan di
sepan-jang dinding yang sama, dan jarakkan sejauh yang
mungkin.
Arahan Penggunaan
1. Kelajuan Kipas 8. Pemegang
2. Paparan 9a. Kabel bekalan elektrik
3. Pengesan Bunyi 9b. Petak menyimpan kabel
4. Butang set semula yang tidak digunakan
untuk penggantian turas 10. Butang untuk membuka
5. Jeriji masuk udara tudung atas
6. Jeriji keluar udara 11. Plat kadar
7. Pintu praturas 12. Wayar ganti
Penggunaan
Kedua-dua model dapat dijalankan tanpa henti dengan
kelajuan kipas ditetapkan pada (1). Apabila perlu, kelajuannya
boleh dinaikkan menjadi (2) atau (3).
Hasil terbaik didapati dengan membiarkan pembersih udara
berjalan sepanjang masa. (Kuasa yang digunakan kurang
daripada kebanyakan lampu).
Pembersih udara ini dilengkapi kelajuan kipas manual dan
automatik, dan dikendalikan dengan butang picit.
AMula/Henti. Pembersih udara ini sentiasa dimulakan pada
kedudukan C ( ). Jika berlaku gangguan bekalan
elektrik, pembersih udara ini akan mula dalam mod yang
dipilih sebelumnya.
BKedudukan ini melaraskan kelajuan kipas mengikut paras
hingar di bilik. Pembersih udara berjalan pada kelajuan
tertinggi yang mungkin tanpa menambah bunyi bising.
CKedudukan ini melaraskan kelajuan kipas mengikut paras
pencemaran di bilik.
DButang untuk melaraskan kelajuan secara manual
EPenunjuk paras hingar bilik (apabila diletakkan
di kedudukannya).
FPenunjuk kelajuan kipas.
GParas pencemaran yang tinggi. Tetapkan ke 3 atau auto
( ).
HParas pencemaran yang sederhana. Tetapkan ke 2 atau
auto ( ).
IKadar pencemaran yang lebih rendah. Tetapkan pada
kedudukan 1 atau auto ( ), dan biarkan pada seting itu.
JMenunjukkan sudah tiba waktu untuk membersihkan
turas mengikut jadual.
KMenunjukkan turas mesti digantikan.
Pembersihan dan Penyenggaraan
Sebelum membersihkan alat ini, matikan dahulu bekalan
elektrik dan tanggalkan plag.
Turas peringkat 1
(a) Buka pintu (7).
(b) Sambil menanggalkan turas satu demi satu, bersihkan
dengan menggunakan vakum, jika dapat dengan vakum yang
dipasang turas S-class, turas mikro atau turas HEPA (sila
berjumpa dengan agen Lux jika anda tidak memilikinya).
Gunakan muncung berus vakum supaya tidak merosakkan
turas. Setelah membersihkan turas, pasangkan semula dan
tutup pintu. Praturas tidak perlu digantikan. Lakukan begini
dua bulan sekali atau lebih kerap lagi jika anda peka kepada
habuk, misalnya semasa memvakum rumah.
Turas peringkat 2
(c) Tekan butang buka tudung turas (10) dan angkat tudung.
(d) Tanggalkan turas utama dan bersihkan dengan vakum
yang dipasang muncung berus. (e) Vakum jeriji di dalam
penempatan turas. (f) Angkat jeriji dengan menggunakan
pemegangnya (g) Keluarkan pemegang wayar dengan cermat
menggunakan kedua belah tangan dan pastikan rata dan
tegak. (h) Bersihkan bahagian dalam pembersih udara
dengan berus atau vakum muncung sempit. Jika perlu, guna-
kan kain lembap dengan detergen yang lembut. (i) Pasang
semula pemegang wayar dengan cermat menggunakan
kedua belah tangan dan tutup jeriji. (Jika wayar itu patah sila
lihat bahagian menyelesaikan masalah.) (j) Gantikan turas
utama. Pastikan pandunya dipasang dengan betul dalam alur
apabila memasang turas kembali. Pasang semula tudung.
Tekan butang set semula (4) setelah membersihkan atau
menggantikan turas (bunyi klik bermakna telah diset semula).
Turas utama mesti digantikan jika rosak.
Kekerapan membersih turas
Bergantung pada paras pencemaran udara persekitaran, kami
sarankan anda mengikuti langkah di atas sebulan sekali atau
apabila penunjuk di paparan menyala.
Turas utama mungkin perlu dibersihkan lebih kerap lagi jika
habuk kelihatan di permukaan atas turas.
Gantikan turas utama setahun sekali atau lebih kerap lagi jika
perlu, atau apabila penunjuk di paparan menyala.
Apabila menggunakan turas karbon, gantikan setiap dua
bulan sekali atau apabila tidak terasa lagi yang mesin ini
dapat mengurangkan gas dan bau.
No. Rujukan bagi turas utama ialah EF100.
Menyelesaikan masalah
• Menggantikan wayar – Keluarkan wayar yang patah.
Gantikan wayar itu dengan cermat seperti berikut: Pasang
satu hujung wayar pada alur. Bengkokkan pemegang wayar
sedikit dan pasang hujung wayang yang satu lagi.
Jika kipas tidak berputar (ertinya, anda tidak dapat merasa
aliran udara samar-samar), pastikan kabel bekalan elektrik
tidak rosak dan telah disambungkan ke soket. Pastikan tudung
dan turas dipasang dengan betul. Jika kipas masih juga tidak
berputar, bawa alat ini ke pusat servis yang sah.
• Jika turas Peringkat 2 tidak kotor, atau jika penunjuk
berkelip-kelip, periksa kalau-kalau wayar dalam pemegang
wayar telah patah. Jika wayar tidak patah tetapi lampu masih
berkelip-kelip, bawa alat ini untuk diservis.
Jika turas Peringkat 2 mengeluarkan bunyi gemeretak terus
menerus, bererti turas itu perlu digantikan. Jika masalah itu
tidak juga terhurai, bawa alat ini untuk diservis. (Bunyi
berdesir dari turas memang perkara biasa, terutama jika turas
masih baru).