Owners manual

87
Membuka halaman
• Untuk membuka halaman baru, ketik .
• Untuk pergi ke halaman web yang lain, ketik halaman itu untuk melihatnya.
Membuat carian web menggunakan suara
Ketik medan alamat, ketik , sebutkan kata kunci, dan kemudian pilih salah
satu kata kunci cadangan yang muncul.
NOTA: Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung kepada wilayah atau
pembekal khidmat anda.
Penanda Buku
Untuk membuka halaman web yang ditandai, ketik pada bar alat Pelayar
dan pilih satu.
Sejarah
Ketik pada bar alat Pelayar dan pilih Sejarah untuk membuka laman
web daripada senarai laman web yang baru dilawati. Untuk mengosongkan
sejarah, ketik Kekunci Menu > Padam semua sejarah.
Menggunakan QSlide
Gunakan ciri ini untuk mengakses Internet tanpa menutup aplikasi semasa.
Semasa melihat kandungan Pelayar, ketik . Kemudian anda boleh
menyemak imbas maklumat lain di tablet. Untuk melihat pelayar dalam skrin
penuh, ketik .
Chrome
Gunakan Chrome untuk membuat carian maklumat dan melayari laman web.
Dari skrin Utama, ketik Aplikasi > Tab Apl > Chrome .