Owners manual

83
Pengurus tugasan
Anda boleh menguruskan aplikasi anda menggunakan Pengurus Tugasan.
Anda dengan mudah boleh memeriksa bilangan aplikasi yang sedang
berjalan dan menutup aplikasi tertentu.
Pilihan Pengurus Tugasan
• Sentuh Henti bagi menghentikan aplikasi berasingan.
• Ketik Berhentikan Semua bagi menghentikan semua aplikasi yang sedang
berjalan.
• Ketik Kekunci Menu bagi mengakses Bantuan, Susun mengikut dan
Tetapan.
POLARIS Office 5
Polaris Office 5 adalah penyelesaian pejabat mudah alih profesional yang
membolehkan pengguna melihat berbagai jenis dokumen office dengan
mudah, termasuk fail Word, Excel dan PowerPoint di mana sahaja, pada bila-
bila masa, menggunakan peranti mudah alih mereka.
Untuk mencipta Dokumen Baru
1 Dari skrin Utama, ketik Aplikasi > Tab Apl > POLARIS Office 5 .
2 Daftarkan alamat e-mel anda di halaman Pendaftaran.
NOTA: Anda boleh mengetik Langkau bagi mengabaikan maklumat
pendaftaran.
3 Ketik bagi memulakan dokumen baru.
4 Ketik jenis dokumen dari senarai jatuh turun, kemudian pilih templat.