Owners manual
98
Simpan semula automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data
aplikasi anda apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
Perkhidmatan LG Backup – Sandarkan semua maklumat tentang peranti
dan memulihkan sekiranya berlaku kehilangan data atau penggantian.
Menetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada
nilai lalai kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan
semula tablet dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula
maklumat yang sama sebagaimana ketika anda memulakan Android buat
kali pertama.
SISTEM
Tarikh & Masa
Gunakan tetapan Tarikh & Masa untuk menetapkan bagaimana tarikh akan
dipaparkan. Anda juga boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan
masa dan zon masa anda sendiri dan bukan mendapatkan masa semasa
daripada rangkaian mudah alih.
Kebolehcapaian
Gunakan tetapan Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi pasang masuk
kebolehcapaian yang telah anda pasang pada tablet anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan ia boleh
dipilih.
TalkBack – Membolehkan anda menyediakan fungsi TalkBack yang
membantu mereka yang cacat penglihatan dengan memberi maklum
balas lisan. Ketik suis TalkBack di penjuru kanan atas skrin untuk
menghidupkannya. Ketik Tetapan di bahagian bawah skrin bagi melaraskan
tetapan TalkBack.










