Owners manual
20
Draf
Anda boleh menyimpan mesej
di dalam Draf untuk sementara.
Peti keluar
Ini adalah folder penyimpanan
sementara bagi mesej yang
belum dihantar atau yang telah
anda hantar tetapi gagal untuk
disampaikan.
Item dihantar
Selepas menghantar mesej,
mesej teks atau multimedia
disimpan dalam folder Dihantar.
Item disimpan
Anda boleh mengakses mesej
anda yang disimpan, templat
teks dan templat multimedia.
Emotikon
Senarai Emotikon yang
berguna, yang telah ditulis
untuk balasan pantas.
Mesej SOS
Mesej kecemasan boleh
dihantar kepada nombor
yang telah ditakrifkan terlebih
dahulu (maksimum 3) dengan
menekan lama Kekunci 9 pada
skrin melahu, ia juga dapat
dihantar daripada menu mesej
menggunakan submenu SOS.
Dengan menekan lama kekunci
9 pada skrin melahu, pop
timbul akan muncul, ‘Set SOS
mesej?’. Tekan ‘Ya’ kemudian
tetapkan SOS mesej ON, lalu
taipkan mesej yang diperlukan
dan masukkan maksimum
3 nombor dalam senarai
penerima yang kepadanya
anda hendak menghantar
mesej tersebut dalam mod
kecemasan, dan tekan Selesai.
Tetapan mesej
Menu ini membenarkan
anda untuk menetapkan ciri
pembekal khidmat rangkaian
anda.










