Owners manual
5
sama dengan bahagian yang
digantikan.
• Unit ini hendaklah dijauhkan
daripada sumber haba
seperti radiator atau dapur.
• Gunakan kain yang kering
untuk membersihkan
bahagian luaran unit. (Jangan
gunakan sebarang pelarut.)
• Jangan simpan telefon di
sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada
jalur magnetik.
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih
mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan
prestasi.
• Jangan gunakan telefon
mudah alih anda
berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan
meletakkan telefon pada
perentak jantung, cth. dalam
poket dada anda.
Keselamatan jalan
Periksa undang-undang
dan peraturan mengenai
penggunaan telefon bimbit di
kawasan-kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan telefon
pegang tangan semasa
memandu.
• Gunakan kit bebas tangan,
jika tersedia.
• Keluar dari jalan raya
dan letak kereta sebelum
membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan
pemanduan memerlukan
anda berbuat demikian.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di
mana peletupan sedang
dijalankan. Perhatikan
sekatan,dan patuhi sebarang
peraturan atau undang-undang.










