Owners manual

Garis panduan untuk penggunaan
yang selamat dan cekap
7
°
Jangan buka bahagian-bahagian unit
ini. Bawanya ke juruteknik perkhidmatan
yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan diperlukan.
°
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV,
radio, dan komputer peribadi.
°
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada
sumber haba seperti radiator atau dapur.
°
Jangan jatuhkan.
°
Jangan biarkan unit ini didedahkan pada
getaran atau kejutan mekanikal.
°
Matikan telefon dalam sebarang kawasan
yang diperlukan mengikut peraturan
khas. Contohnya, jangan gunakan telefon
dalam hospital kerana ia menjejaskan
peralatan perubatan sensitif.
°
Jangan kendalikan telefon anda dengan
tangan yang basah apabila ia sedang
dicas. Ia mungkin menyebabkan kejutan
elektrik dan kerosakan yang serius pada
telefon anda.
°
Jangan cas telefon bimbit berdekatan
bahan mudah terbakar kerana telefon
bimbit tersebut boleh menjadi panas dan
menyebabkan bahaya api.
°
Gunakan hanya kain kering untuk
membersihkan bahagian luar unit (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair
atau alkohol).
°
Jangan caj telefon semasa ia berada di
atas kain hiasan.
°
Telefon haruslah dicas di kawasan
pengudaraan yang baik.
°
Jangan dedahkan unit ini kepada asap
atau habuk yang berlebihan.
°
Jangan simpan telefon di sebelah kad
kredit atau tiket pengangkutan; ia
boleh menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
°
Jangan ketik skrin dengan objek yang
tajam kerana ia boleh merosakkan
telefon.
°
Jangan dedahkan telefon kepada cecair
atau kelembapan.
°
Gunakan aksesori seperti fon telinga
dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
OPERASI TELEFON YANG
CEKAP
PERANTI ELEKTRONIK
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
°
Jangan gunakan telefon mudah alih anda
berhampiran kelengkapan perubatan
tanpa meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak jantung,
contohnya, dalam poket dada anda.
°
Sesetengah alat bantuan pendengaran
mungkin diganggu oleh telefon mudah
alih.
°
Gangguan yang sedikit boleh menjejas
TV, radio, PC, dan sebagainya.