Owners manual
6
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
•
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau
retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh
waranti ini.
•
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
•
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan
cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar
gelombang mikro atau pengering rambut.
•
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda. Kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
•
Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran.
Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
•
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
•
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda
memandu.
•
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
•
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
•
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.










