Owners manual

70
Mengenai panduan pengguna ini
•
Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. Ini akan memastikan bahawa anda
menggunakan telefon anda dengan selamat dan dengan betul.
•
Sesetengah imej dan tangkap layar yang disediakan dalam panduan ini mungkin nampak berbeza pada
telefon anda.
•
Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian yang dibekalkan oleh
pembekal perkhidmatan atau pembawa. Kandungan ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih
awal. Bagi versi terkini manual ini, sila lawati laman web LG di www.lg.com.
•
Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah atau spesifikasi perkakasan.
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan
aplikasi yang dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
•
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi atau ketidakserasian yang timbul akibat
tetapan daftaran yang diedit atau perisian sistem pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk
menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi
sebagaimana sepatutnya.
•
Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan bersama peranti anda telah
dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan
perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
•
Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti pemesejan, memuat naik dan
memuat turun, auto penyegerakan, atau menggunakan perkhidmatan lokasi. Untuk mengelakkan caj
tambahan, pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi pembawa perkhidmatan anda untuk
mendapatkan butiran tambahan.
Tanda dagangan
•
LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar LG Electronics.
•
Semua tanda dagangan dan hak cipta lain adalah harta pemiliknya masing-masing.
Mengenai panduan pengguna ini